Contoh ayat review instagram

Pemasaran Instagram merupakan antara pilihan terbaru bagi yang meniaga online.

Mungkin dah selalu sangat orang guna Facebook jadi baik juga bagi yang baru nak mula bisnes dengan mencuba dengan instagram.

Asalnya instagram adalah sosial media untuk kita share gambar.

Oleh itu kita kena bijak untuk menggunakan kelebihan ini untuk ambil kesempatan memuat naik gambar-gambar berkaitan produk kita bagi tujuan niaga.

Walaubagaimanapun, sepertimana Facebook juga terpulang pada peniaga memanipulasikan feature FB samada dengan menggunaan gambar atau review produk semasa aktiviti promosi dijalankan.

Sama juga dengan instagram, gambar menceritakan seribu bahasa tapi kita juga boleh selang selikan dengan review bergambar.

Ayat review ni ramai yang masih belum mampu buat.

Selalunya peniaga upload gambar tanpa ada apa kata-kata.

Ataupun kata-kata tu cumalah sepatah dua kata nampak macam hilang idea pun ada.

Nama pun sosial media walaupun online kita perlu masih berinteraksi dengan pelanggan.

Sebenarnya saya nak share satu rahsia.

Jika tak dapat nak tulis panjang-panjang pun ayat review instagram cukup kalau anda fokus pada caption dan hashtag yang betul.

Kita pun tau nak fikir apa nak tulis memang akan ambil masa sedangkan kita perlu buat promosi sekerap mungkin.

Kalau nak tunggu ayat review tu keluar silap silap kita pun dah give up.

Itulah setidaknya jangan abaikan caption yang memukau.

Manakala hanshtag pula pilihlah yang betul dan berkaitan.

Gunakan hashtag yang popular.

Serach feature untuk instagram ialah menerusi hashntag.

Tanpa hashtag yang betul orang tak akan temui akaun insta anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *