Contoh ayat promosi produk kecantikan dan kesihatan yang sesuai untuk jualan online

Produk kecantikan dan kesihatan produk yang hangat dan laku keras jadi tak hairanlah orang tak jemu-jemu hasilkan produk sendiri atau OEM walaupun mereka tahu persaingan adalah sangat sengit.

Ini adalah trend atau signature pasaran pengguna di Malaysia yang sanggup berhabis semata-mata untuk menjaga kecantikan bagi wanita. Manakala produk kesihatan pula pasarannya boleh jadi warga tua usia emas, orang muda yang dah capai usia 40 tahun ke atas. Ini adalah kerana waktu inilah pelbagai penyakit mula datang secara satu demi satu khasnya apabila mereka tidak jaga makan di waktu muda.

Produk sebegini lazimnya dibeli kerana ianya menawarkan solusi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Mudah kata pelanggan yang menghadapi masalah kesihatan dan kecantikan lebih mudah membeli kerana terdesak mahu membuang masalah yang sedang mereka hadapi jauh-jauh dari diri dan dengan cepat kalau boleh serta merta.

Oleh yang demikian, apabila mengarang ayat jualan untuk produk kesihatan dan kecantikan anda disarankan untuk lebih beremosi dimana anda mestilah berfikir seolah-olah anda yang mengalami masalah tersebut.

Sebagai contoh menjual krim memutihkan kulit.

Ianya pada setengah orang tidak penting.

Putih ke, hitam ke. Janji kita rakyat Malaysia.

Lihat ya, ia jadi penting kepada wanita yang ada kulit berbalam-balam yang dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan.

Contoh lain ialah losyen turunkan berat badan.

Sekali imbas tak penting pun. Janji sihat. Dah. Ada aku kesah?

Nak dijadikan isu, Malaysia negara no. 1 bilangan obesiti di Asia.

Berat badan luarbiasa boleh cetus penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung.

Obes muda maka jadilah belia harapan negara yang muda-muda dah mula jatuh sakit.

Adakah anda nampak bagi mengarang ayat jual produk kecantikan, mesti diselitkan faedah produk yang boleh selesaikan masalah pelanggan.

Selain itu bagi menguatkan sebab untuk memujuk pelanggan beli ialah dengan mengulang-ulang masalah yang pelanggan hadapi.

Dimana jika penyakit tidak dirawat maka sangat berbahaya kepada tubuh.

Jika bisnes anda melibatkan produk yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan maka tips ini memang sangat sesuai kerana untuk audience yang mempunyai masalah terutama yang melibatkan emosi mereka.

Klik sini ketahui formula hasilkan ayat promosi yang POWER!

2 thoughts on “Contoh ayat promosi produk kecantikan dan kesihatan yang sesuai untuk jualan online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *