Citibank Payment Advice-BG_ED dari Lazada

Ini satu lagi program iklan buat duit apabila korang join Lazada.

Eh, Lazada tu bukan ke jual barang je camner pulak bole ada iklan.

Lazada ni bijak apabila dia buka pemasaran dan pengiklanan kepada agen-agen affiliate.

Siapa yang ajak orang beli  barang kat Lazada nanti korang dapat komisen.

Lagi satu siapa yang memaparkan iklan dari Lazada walaupun takde orang beli tapi dengan klik dan subscribe pun dah bolehkan duit masuk poket korang.

Alhamdulillah.

Banyak peluang bagi blogger sekiranya korang ada blog.

Bagi yang tak ada blog pun boleh hasilkan income jika korang ada akaun Facebook.

Cumanya blog ni bagi aku sangat versatile kerana boleh set and forget.

Facebook atau media sosial lainnya agak tricky dan perlukan kemahiran bersosial yang tinggi kena tarik ramai follower terlebih dulu untuk dapatkan trafik yang tinggi.

Lagi satu blog ni kita boleh embed iklan Lazada tu terus ke blog manakala Facebook korang kena buat link dan mesti promote selalu.

Tapi yang penting bagi orang macam aku ialah sebaik je korang tau maklumat ini boleh terus je buat sebab bila korang ternanti-nanti nak buat selalunya memang tak buat lah tu.

Hehehe ,,,,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *