Cegah obesiti bermula dari rumah




Obesiti terjadi pada era kebelakangan ini disebabkan dari amalan yang tidak sihat. Makanan sangat mudah didapati tanpa perlu kita bekerja keras menyediakan makanan.

Jadi ada dua punca utama yang mendorong kepada kejadian obesiti:

  1. Makanan itu sendiri yang tidak sihat

Junk food. Fast food. Makanan seperti ini punya kalori yang tinggi dan mengambil makanan ini secara berlebihan akan menyebabkan lemak berlebihan di dalam badan. Kombinasi makanan juga akan menentukan samada makanan itu sihat atau sebaliknya. Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pengambilan makanan mengikut formula 2-1-1.

Bayangkan pinggan makanan kita dibagaikan kepada empat bahagian. 2 bahagian sepatutnya terdiri dari sayur. 1 bahagian nasi dan satu baki bahagian adalah lauk. Formula pemakanan seimbang ini barulah dikatakan makanan yang sihat. Pemakanan yang tidak mengikut formula 2-1-1 ini jika diamalkan secara rutin akan menyebabkan obesiti apatah lagi jika kita tidak bersenam langsung.

2. Amalan makan luar makanan yang siap sedia dimakan

Trend akhir-akhir ini makan luar tanpa perlu menyediakan makanan sendiri menyebabkan tenaga berlebihan tidak digunakan dan disimpan sebagi lemak dalam badan. Dengan meletakkan alasan sibuk dan letih kita mengelak dari memasak dan menyediakan makanan sendiri.

Cuba bandingkan.

Sediakan makanan sendiri memerlukan kita ke kedai runcit untuk membeli bahan mentah. Setelah itu, penyediaan bahan dan rempah ratus akan sebabkan kita berhempas pulas memotong bawang dan keperluan lain yang memerlukan kesabara dan penggunaan tenaga. Sewaktu makanan telah siap dimasak kita dah pun keletihan dan lapar. Keadaan ini memang sesuai dimana kita makan pada waktu yang tepat iaitu masa perut dah kosong.

Setelah siap makan pula apa akviti seterusnya?

Kita belum boleh rehat selepas perut kenyang. Ini adalah kerana semua pinggan mangkuk dan perkakas memasak sedang berlonggok di dalam sinki menunggu untuk dibasuh. Jadi aktiviti seterusnya adalah pesta membasuh pinggan mangkuk. Sedarkah anda berapa banyak tenaga yang digunakan bagi pembersihan ini. Tenaga kita digunakan secara efektif dan tiada tenaga terbazir begitu sahaja. Hanya baki tenaga yang tersisa tinggal didalam badan. Just nice. Tak kurang dan tidak lebih.

Hasilnya, obesiti dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya boleh diminimakan. Mungkin menyediakan makanan sendiri itu memenatkan, leceh dan tidak berbaloi katanya tetapi ianya idak benar 100% kerana ada hikmah dan kelebihan disebaliknya.

Fikir-fikirkanlah.

[PERHATIAN!] Nak Contoh Ayat Jualan FB dan Instagram SEGERA? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Ayat Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Template Ayat Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group / Instagram Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 699 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*