6 cara promosi untuk mendapatkan ‘fans’ dan ‘Like’ untuk Facebook Page


Kali ini saya ingin kongsikan tips pemasaran facebook dari  Aspirasi Cyber pula. Kebanyakan tips yang dikongsi disini adalah dari otai-otai belaka jadi jangan lepas pandang.

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ‘fans’ (Likes) untuk Facebook  Page. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan oleh Facebook.

Teknik ini telah saya gunakan untuk facebook page Wira Xtreme dimana saya gunakan blog Wira Xtreme untuk mendapatkan ‘like’. Cara ini adalah 100% percuma. Sebagai bukti, anda bolh klik blog tersebut dan widget Facebook page menunjukkan ada lebih 1000+ fans telah like page itu.

Download Percuma —> Tarik 1000 like tanpa kos !

2. Youtube

Anda boleh juga hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian ‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

Teknik ini juga telah saya gunakan. Video tidak perlu canggih sangat. Apa yang saya buat hanyalah video yang menayangkan teks, gambar dengan latarbelakang muzik yang agak rancak akan membuatkan penonton tidak bosan. Sebagai contoh anda boleh lihat video-video ini di channel youtube saya.

3. Video viral di Facebook

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan. Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan.

Teknik ini sama sahaja dengan video Youtube cumanya proses upload anda buat di Facebook dan bukan Youtube. Video yang saya buat juga simple hanya teks yang menarik perhatian diselit dengan gambar dan dengan latarbelakan muzik yang agak rancak seperti muzik rock.

4. Iklan banner

Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu.

Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan.

Teknik ini paling mudah dengan meletakkan banner anda di blog. Carilah page atau post yang anda tahu mempunyai pelawat yang paling tinggi trafiknya dan letakkan banner yang mempunyai link ke Facebook page anda.

5. Facebook Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.

Teknik Facebook Ads ini telah saya guna untuk salah satu page saya dan didapati saya boleh dapat fans 1000+ dalam masa tak sampai seminggu berbanding dengan proses menggunakan blog. Bilangan fans yang sama like page anda dalam masa yang paling singkat. Namun awas pastikan pulangannya berbaloi kerana ianya adalah teknik yang berbayar.

6. Ebook viral

Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca.

Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

Teknik ini anda boleh lihat saya gunakan di website ini. Ebook percuma yang berinfomatif, berguna dan diperlukan oleh pengunjung. Di kulit ebook atau cover ini saya gunakan teks sahaja dan simple. Yang penting adalah isinya yang ringkas, mudah difahami dan praktikal untuk orang baca dan buat.

Jadi anda punya banyak pilihan teknik untuk mendapat fans dan like. Gunalah salah satu teknik dan fokuskan usaha anda secara berterusan dan anda akan dapati fans dan like akan meningkat dari sehari he hari berikutnyaa.

Cara hangatkan FB anda —> KLIK SINI

Have any Question or Comment?

10 comments on “6 cara promosi untuk mendapatkan ‘fans’ dan ‘Like’ untuk Facebook Page

good content can be hard to find, has anyone used this site? http://www.1dollararticle.com/

Thanks for the link. Really a great site there.

Saya terjumpa blog ini secara kebetulan. Terima kasih di atas perkongsian yang amat membantu :).

Alhamdulillah, boleh la tolong sebar2 kan untuk menfaat bersama 🙂

Terima kasih. Info yang sangat berguna untuk saya. Saya nak kongsi satu lagi. Kalau Page kita tu page perniagaan, kita boleh iklankan di website online marketplace atau business directory macam majalah.com, intiha.com dan lain-lain. Masukkan url Facebook Page kita dalam iklan berkenaan.

Sekadar berkongsi pendapat. Moga bermanafaat untuk orang lain.

Tips yang sangat berguna. Boleh terus buat lepas ni. Terima kasih kerana tidak lokek berkongsi.

terima kasih di atas perkongsian tips ini.. sangat berguna untuk newbie seperti saya..

terima kasih cik zaza kerana komen yang membina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com