Cara tulis ayat iklan..Ramai tahu tapi tak buat

Ini cara paling mudah.

Tak ada yang lebih mudah dari ini.

Dan ia ayat iklan yang prospek suka baca…dan terpengaruh.

Caranya ialah……

Berlakon jadi prospek.

Saya beri contoh untuk mudah faham.

Saya pernah jual macam-macam produk di FB (jersi, kasut, baju muslimah, t-shirt etc).

Buat masa sekarang, saya jual cloth diaper (cd).

(Alhamdulillah, baru je habis stok).

Saya borong dari pembekal di KL yang stoknya ada orang janji nak ambil tapi mungkir janji so saya borong dapatlah harga murah sikit.

Antara soalan yang mungkin prospek akan tanya ialah:

Saiz cd ni berapa ?

Corak apa ada ?

Brand apa ?

Material apa ?

Insert ada berapa?

Macam mana nak tahu ori ke tak ?

Apa yang best sangat tentang brand ni ?

Berapa lama boleh tahan ?

Ada tracking number tak ?

Kalau beli banyak ada diskaun ke ?

Tengok..

Tak susah kan nak tulis ayat iklan ?

Hanya semudah jawab soalan-soalan pelanggan.

Ayat iklan ini sebenarnya ayat jawapan kepada soalan-soalan pelanggan tentang produk.

Ramai yang tahu malangnya, tak ramai buat. Rugi……Serius rugi.

Ambil masa 30 minit hari ini dan berlakon jadi pelanggan.

Nak tulis ayat iklan tak susah sebenarnya.

2 thoughts on “Cara tulis ayat iklan..Ramai tahu tapi tak buat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *