Cara susun ayat iklan bisnes

Anda berbisnes tapi masih mencari idea nak tulis iklan untuk membantu prospek dapatkan produk bagi selesaikan masalah mereka? Berbisnes biarlah untuk menambah nilai hidup prospek dan bukan hanya semata nak dapat duit. Kayakan mentaliti kita terlebih dahulu sebagai orang bisnes.

Mentaliti miskin hanya fikirkan keuntungan semata di kepala kita. Biarlah kita ini mempunyai mentaliti yang seimbang. Kemahuan yang tinggi nak selesaikan masalah prospek dan pada masa sama dapatkan sedikit upah. Jika berbisnes tapi tiada untung macamana nak survive pula kan. Jadi biarlah balance dan seimbang.

Apa kaitan dengan susun ayat iklan bisnes ni? Ada kaitannya. Mentaliti kitalah yang akan membentuk ayat iklan kita nanti. Mari kita lihat sama-sama. Kita mula dengan ayat iklan yang dibuat oleh penjual mentaliti miskin terlebih dahulu. Contohnya ….

Murah! Murah!

Baju raya harga borong.

Beli jangan tak beli.

 

lambat nanti, dah habis rugi.

 

Menyesal nanti.

Selalunya ayat iklan macam ni dibuat oleh penjual (termasuk saya sendiri) apabila kita mula-mula menjual sebab mindset kita tidak ready dan bila ingat bisnes terfikir dalam otak kita syik nak buat duit tapi kita peratikan duit tu macam lari dari kita. Duit ni bila dikejar dia lari. Ini mentaliti penjual miskin sebab untung pun susah nak masuk.

Ok sekarang kita tengok pula penjual mentaliti kaya susun ayat iklan dia. Refresh balik, penjual mentaliti kaya dia fikir tentang benefit pada pelanggan, nak bantu pelanggan dapatkan apa yang diaorang nak, nak selesaikan masalah pelanggan, add value kehidupan pelanggan. So, ayat iklan mentaliti kaya akan susun lebih kurang macam ni …

As Salam

Ada apa masalah anda yang kami boleh bantu?

Kami sedia membantu semampunya. Maklumlah, raya nak dekat, nak minta kami tolong belikan baju raya? Tiada masalah. Free pos terus ke rumah. Elakkan jem dijalanraya. Biar kami yang handle. Jangan tunggu last minit. Sebabnya, anda adalah pelanggan yang kami sangat hargai. Layanan dijamin pasti akan memuaskan semua.

Lebih kurang macam itulah. Tonjolkan keperihatinan anda sebagai penjual supaya pembeli tidak fikir anda ini hanya nak ambil kesempatan sahaja tapi sebenarnya nak bantu. Susunan ayat iklan bisnes ini ringkas dan santai saja. Sesuai jika nak guna di facebook. Walaubagaimanapun, anda boleh tambahkan lagi ayat iklan bisnes ini menjadi lebih komprehensif jika anda menjual menggunakan website atau blog di mana kita nak lengkapkan info penuh produk atau servis yang kita sedang tawarkan supaya pelanggan mudah nak keputusan samada tawaran kita itu sesuai dengan kehendak pembeli untuk selesaikan masalah dia.

Contoh info lain yang boleh disertakan sekali supaya pelanggan tidak tertanya-tanya ialah pengenalan produk, manfaat utama, keunikan berbanding produk lain di pasaran dan feedback pelanggan yang terdahulu mengenai produk anda.

Cara susun ayat iklan bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *