Cara promosi produk yang berkesan

Cara promosi produk yang berkesan ialah dengan cara yang berulang-ulang yang dibuat dalam keadaan yang pelbagai.

Pelanggan jadi bosan jika iklan yang sama diulang banyak kali.

Kadangkala kita sendiri pun naik muak dengan iklan yang kita dah buat.

Solusinya ialah pelbagaikan iklan itu agar ia nampak menarik.

Untuk mendapatkan idea membuat iklan tidaklah susah.

Jangan kita cepat putus asa dan berasa buntu.

Terlalu banyak peniaga berjaya diluar sana.

Jadi apa yang perlu dibuat ialah perhati, hadam dan tiru.

Tapi tidaklah pula tiru bulat-bulat tapi buatlah tiruvasi.

Copy dan ubahsuai agar ia dibaca dengan lebih menarik lagi.

Tak elok meniru jika tiada penambahbaikan.

Penulisan iklan ini boleh saja anda perhatikan di FB, blog, suratkhabar dan TV juga.

Bahagian yang paling penting ialah tajunknya.

Tak percaya?

Cuba ambil satu suratkhabar dan anda scan muka depan.

Berita apa yang anda akan baca dulu?

Mestilah berita yang mempunyai tajuk yang paling menarik, bukan.

Macam tulah iklan.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan tips dari sifu yang kongsikan tips secara percuma.

Nak dapat peluang sebegini anda perlu rajin surf dan subscribe.

Klik sini ketahui cara promosi dengan ayat yang betul!

2 thoughts on “Cara promosi produk yang berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *