Cara buat ayat promosi produk yang berkesan mampu menarik perhatian pelanggan

Cara promosi produk yang berkesan ialah dengan menggunakan ayat promosi produk yang mampu menarik perhatian pelanggan.

Pernah tak anda cuba promosi banyak-banyak tempat tapi tiada respon dari orang lain?

Maksudnya tiada orang yang tertarik dengan iklan anda.

Anda dah cuba macam-macam pelbagai cara promosi tapi cuma like je yang banyak?

Produk anda orang dah nampak cuma tawaran anda belum cukup ‘meleleh’.

Dari pengalaman saya, skill promosi anda masih berkarat dan belum di polish dengan sungguh-sungguh.

Promosi ini ianya perlu ‘match’ atau ‘kena’ dengan jiwa pelanggan.

Untuk mencapai tahap ini, anda perlu melakukan banyak trial and error bagi menguasai dan menarik perhatian pelanggan.

Bagi promosi online sudah tentunya untuk membuat iklan ialah dengan menggunakan perkataan dan gambar yang boleh menjadi semacam magnet untuk tarik perhatian pelanggan.

Untuk menarik perhatian pelanggan dengan menggunakan teks dan perkataan, ia memerlukan kemahiran menghasilkan ayat promosi produk.

Ayat promosi produk untuk mengiklankan sesuatu produk untuk dijual ianya boleh di buat secara berstruktur iaitu ada cara susunan ayat yang kita boleh panggil formula ayat promosi.

Formula ayat promosi ini biar saya mudahkan ia sebagai:

  1. Headline power atau tajuk iklan yang boleh mencuri perhatian golongan sasaran
  2. Senarai masalah pelanggan yang kita jangka memerlukan produk yang dijual
  3. Senarai kesan-kesan yang terjadi sekiranya pelanggan tidak mengambil langkah penyelesaian terhadap masalah mereka yang kita telah nyatakan dalam no. 2
  4. Beritahu kita ada penyelesaiannya dan tempoh penyelesaian masalah pelanggan
  5. Apa sebenarnya yang terkandung dalam produk kita itu yang membolehkan ia menyelesaikan masalah pelanggan. Terangkan kelebihan produk dan proses yang terlibat.
  6. Hilangkan keraguan pelanggan terhadap produk kita. Beri maklumat yang cukup jangan biarkan pelanggan lari kepada seller yang lain.
  7. Beritahu pelanggan cara untuk mereka dapatkan produk yang dapat selesaikan masalah mereka.

Semua penjual mempunyai pelbagai jenis produk manakala pelanggan ada pelbagai jenis masalah. Oleh itu hanya ayat promosi produk yang benar-benar terkesan di hati pelanggan akan menghasilkan jualan.

Saya ada sediakan training secara online bagaimana anda boleh mahirkan diri untuk mula menulis ayat promosi produk anda.

Klik sini ketahui cara promosi dengan ayat yang betul!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*