3 cara promosi produk dengan Facebook Fanpage berpengaruh

Ada 3 cara mudah promosi produk dengan Facebook Fanpage berpengaruh:

1. Bina sebuah Facebook Fanpage yang hebat Facebook Fanpage adalah sama penting seperti membina laman web. Ia perlu mempunyai maklumat yang lengkap, menarik serta mudah untuk difahami oleh semua orang. Anda perlu memberi maklumat selengkap mungkin mengenai perniagaan anda. Ramai yang ingin tahu siapakah anda sebenarnya dan apakah perniagaan yang anda lakukan dan apakah produk atau servis yang anda tawarkan. Jadi masukkan maklumat lengkap tentang produk atau perkhidmatan yang anda jalankan di Facebook Fanpage.

2. Kerap post di wall Facebook Fanpage Ini adalah peluang anda untuk memberitahu ramai orang tentang perniagaan atau produk yang anda pasarkan. Anda perlu kerap mengemaskini Facebook Fanpage dengan segala informasi terkini dan promosi yang dijalankan. Anda perlu menjadi interaktif dengan orang-orang yang melawat Facebook Fanpage anda. Jangan abaikan setiap pertanyaan yang dikemukakan kerana kemugkinan merekaadalah bakal pembeli produk anda. Sentiasa berkomunikasi dengan mereka . Jika anda mempunyai acara atau aktiviti perniagaan gunakan Facebook Fanpage untuk mengumumkannya.

3. Bina rangkaian peminat “Hardcore” di Facebook Fanpage Adalah penting untuk anda membina rangkaian peminat “Hardcore” anda yang tersendiri, dimana apabila anda mempunyai rangkaian peminat anda yang tersendiri adalah mudah bagi anda untuk menghasilkan jualan. Kumpulkan peminat anda secara perlahan-lahan dengan cara mewar-warkan berita dan informasi menarik seperti dalam no. 2 di atas. Anda perlu sabar dan konsisten. Target sentiasa mencari beberapa like setiap hari sehingga mencapai bilangan like yang anda kehendaki dengan cara yang betul dan targeted.

Sebagai contoh Ain Maisarah iaitu penulis Novel terkenal beliau mempunyai 1000 orang peminat yang “hardcore” di Facebook. 1000 orang peminat ini memang akan beli produk beliau sekiranya beliau melancarkan sebarang produk baru. Air Asia pula mempunyai lebih 1 juta rangkaian peminat! Sebab itulah tawaran Air Asia sentiasa habis dalam tempoh yang pantas.

Jadi binalah rangkaian peminat anda bermula dari sekarang.

Cara promosi di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *