Cara bisnes online di fb dengan teknik yang betul

Mudah sahaja jika nak lihat peniaga-peniaga fb yang buat promosi di fb. Tentu anda hari-hari baca newsfeed. Jika sekali kita scroll tu boleh jumpa ada yang menulis di wall boleh kita perhatikan gaya penulisan mereka.

Jangan lihat peniaga yang guna sponsored ads tapi lihat peniaga fb yang tidak guna apa-apa ads pun tapi post dia banyak like dan komen. Peniaga ini mungkin ada fanpage untuk branding tapi wall dia tetap update untuk tonjolkan bisnes dia tapi tak menjual.

Mungkin anda pelik dan ada soalan nak tanya. Apa bisnes ni tapi tak menjual? Cuba anda belek betul-betul. Buat promosi dengan menjual tu lain sebenarnya.

Apa itu promosi ?

Promosi ni macam memperkenalkan, menonjolkan, mengingatkan, meyakinkan kepada pelanggan bahawa anda ada produk yang berkualiti dan boleh selesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Anda tidak menjual. Contoh mudah ialah pameran. Jadi di media sosial seperti fb adalah lebih sesuai jika anda buat promosi. Orang membaca, tertarik dan bertanya. Anda jawab sehingga dia puashati. Akhirnya jika benar pembaca perlukan solusi dia akan tanya, mana saya nak dapat produk ni? Masa barulah anda jawab, saya boleh supply untuk awak.

Apa itu menjual?

Contoh paling mudah ialah tengok pasar malam. Itu memang betul jual barang. Jadi adakah sesuai, tiba-tiba anda update status post – saya nak jual barang, sape nak beli? Di pasar malam boleh. Buka meja, letak barang dan jual. Tapi di FB memanglah tak sesuai. Kecuali…. jika anda sebelum sebelum ini dah banyak buat promosi dan kongsi info dan satu hari anda nak test market then baru boleh cakap gitu. Masa tu orang pun dah kenal anda. Jadi sebelum boleh menjual di fb anda mestilah banyak buat promosi sehingga orang kenal tengok nama dan gambar anda, orang dah terbayang produk dan servis apa. Itu baru power.

Jadinya nak promosi bisnes online di fb, ada caranya yang tersendiri. Jangan main terjah pula ya.

Nak tahu caranya?

2 thoughts on “Cara bisnes online di fb dengan teknik yang betul”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *