Cara nak start bisnes online

Mula-mula tanya diri dulu kenapa nak bisnes.

Jika tak boleh jawab maka lebih baik stop.

Sebab diri sendiri tak ada jiwa nak bisnes.

Bila tak ada jiwa jadi tak ada motivasi.

Tak ada motivasi jadinya tak akan bergerak.

Tak gerak maksudnya akan lingkup nanti.

Tambahan kalau ada masalah datang je sikit pasti terus putus asa.

Ini semua berlaku sebab tiada target dalam bisnes.

Tanya kembali kenapa nak buat bisnes.

Antara sebab yang popular ialah sebab nak tambah pendapatan.

Mmm…ini belum cukup kuat untuk buat bisnes.

Tambah pendapatan buat apa?

Baiki target bisnes atas sebab nak beri pendidikan terbaik pada anak-anak.

Atau nak beli kelengkapan pembelajaran anak-anak.

Nak tukar baju anak yang dah lama.

Nak tukar baju kerja sendiri yang dah lusuh.

Nak beli peti ais yang lebih besar sesuai dengan anak yang dah bertambah.

Nak tukar kereta yang asyik rosak kos baiki lebih banyak dari kos petrol etc.

Boleh sahaja letak apa jua target tetapi biar spesifik biar ia jelas dan melekat dalam kepala dan kita akan selalu ingat kenapa kita buat bisnes.

Masalah macam mana pun datang, kita akan tetap stick to it kerana target kita sentiasa ingat sebab yang asal kenapa kita nak mula bisnes.

Bila dah firm, then next step nak mula dari mana.

Langkah ini sangat penting sebab jika tak buat step yang betul nanti kena undur semula dan mula dari zero dan ini akan bazirkan masa kita.

Nak start dari mana.

Pengalaman saya berpusing-pusing nak dapatkan income online ini saya berpendapat mulakan dari belajar pemasaran online.

Ada produk tetapi tak tau nak jual memang masalah.

Modal keluar tapi tak pandai nak jual. Stok simpan dalam almari.

Just imagine sekiranya tiada produk pun dah boleh bisnes jika kita pandai menjual.

Skill menjual ini memang gold.

Produk kita boleh dapatkan dari ramai orang tetapi skill pemasaran ini kita sendiri kena ada.

Tak ada orang nak pasarkan untuk kita kecuali jika mereka diupah.

Seeloknya kita sendirilah yang buat promosi.

Baca lagi banyak tips mula bisnes agar anda lebih nampak overview langkah bisnes dan tidak buat salah dalam perjalanan memulakan bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *