Cara nak naikkan like page

Cara nak naikkan like page ada beberapa cara:

1. Update status selalu – orang akan like jika produk dan info yang anda pos menarik tanpa dipaksa. Cara ini sangat sesuai untuk permulaan. Ambil gambar produk dengan saiz besar dan resolusi tinggi agar nampak cantik dan profesional. Jika anda ada banyak produk ambil gambar satu per satu dan paparkan keunikan setiap satu produk dalam pos-pos page yang berlainan.

Jika anda dah kehabisan gambar untuk pos, ambil gambar dari sudut yang lain pula. Pelbagaikan gambar. Kata kuncinya ialah kuantiti dan frekuensi. Terus menerus pos secara konsisten. Wajibkan sehari sekali mesti ada pos. Kekeringan idea? Buat re-posting – pos lama share semula ke dalam page yang sama. Cara ini ialah untuk refresh pos lama agar ia naik ke atas sebagai pos baru. Begitulah seterusnya.

2. Jika anda ada modal boleh buat fb ads – walaupun sebenarnya saya jarang guna cara ini. Sebenarnya content page anda lebih penting. Penuhkan page anda dengan produk-produk yang ingin dijual. Jangan sampai tak menyabar nak menjual guna fb ads tapi page anda kosong – mesti bina kredibiliti terlebih dahulu.

3. Promote post page – banyak yang cadangkan cara ini jika page anda dah capai 500 like ke atas. Iklan ini mudah dan murah serendah USD5 bersamaan RM15 dan anda boleh kawal perbelanjaan untuk iklan ini agar tidak terbabas dan akhirnya rugi. Cara ini sangat power jika anda banyak pelbagai produk, buat satu promote post page dalam USD5 dah cukup selalunya tahan iklan sampai 4 hari kemudian pada masa yang sama anda buat refresh post lama dengan sharing post lama tersebut ke page yang sama. Buat kaedah ini secara konsisten dalam masa 4 hari tersebut. Anda akan perhatikan bukan sahaja like yang naik tambahan pulak akan ramai yang pm anda atau komen pos anda bertanyakan tentang produk. Jika anda biz sepenuh masa letak sahaja no hp in shaa Allah anda tak menang tangan nak layan.

4. Cara feveret saya pula ialah dengan gunakan blog sebagai serampang dua mata sebagai medium pemasaran dan naikkan like page. Ini adalah kerana trafik blog datang dari SEO semestinya rugi jika dibiarkan begitu sahaja. Samada biar pengunjung tentukan samada mereka nak like kerana sukakan kandungan blog dan page anda bila mereka lihat link page yang diletakkan dalam blog post, atau

5. Letak link apps pada blog post untuk memberi pengunjung sedikit tekanan agar mereka like page anda dengan klik link yang anda beri. AMARAN: apps yang anda set up mestilah berkait rapat dengan produk yang anda jual. Cuba elak untuk buat apps video lucu bila sebenarnya anda jual sabun! Ada yang tak kena disitu 🙂

Rasanya banyak yang dah dikongsikan. Sekian dulu tips dari saya. Hanya yang take action akan dapat faedahnya.

Klik Sini —> Mudahnya Promosi FB

7 Comments

  1. yellow house; anda sudah ada blog dan boleh gunakan blog untuk promosi dengan cara kaitkan dengan lokasi percutian terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*