Cara mudah import barang dari China ke Malaysia

Sekarang semuanya made in china.

Dulu orang kata barang china takde kualiti tapi sekarang banyak syarikat telah memindahkan operasi pembuatan ke china jadi persaingan menjadi semakin sengit dan ini menjadikan china sebuah negara pembuat yang perlu memenuhi kualiti pembuatan yang ditetapkan oleh syarikat pelabur dari seluruh dunia dan menghasilkan barang China murah.

Jadi tidak hairan china menjadi sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi kerana menawarkan tenaga buruh yang murah dan kualiti barang yang setanding.

China juga terkenal dengan Alibaba.com yang menyediakan platform untuk pemasaran barang China secara borong. Semua pembekal di China meletakkan barang di situ ianya ibarat ebay.com atau amazon.com malah mungkin ia lebih besar lagi.

Bagi peniaga untuk mendapatkan bekalan atau barang yang murah merupakan satu perkara penting kerana untuk mendapatkan profit margin yang berbaloi. Walaubagaimanapun proses import barang dari negara luar tidaklah semudah yang disangka.

Saya sendiri pernah membeli barang di ebay.com tak mahal mana pun tetapi akhirnya perlu mengambil barang dikastam dan memerlukan clearance. Itu barang sendiri dan saya sendiri tidak tahu selok belok import barang sewaktu itu.

Bagi peniaga yang memerlukan barang dengan cepat dalam jumlah yang banyak untuk dijual dan di rolling untuk mendapatkan keuntungan, tentu anda perlukan perosedur yang paling mudah dan murah untuk mengimport barang khasnya dari China.

Tanpa pengetahuan yang kukuh pasti anda akan ditipu dan tertipu serta ditakuti kos untuk menguruskan semua itu melebihi keuntungan jualan akhirnya akan merugikan.

Secara konvensional bagi yang baru bermula anda perlu pergi ke China dan berjumpa pembekal memilih banrang dan perlu sediakan tambang, kos tempat tinggal, makan minum dan sebagainya untuk tujuan itu.

Namun tahukah anda sekarang ini bagi anda yang baru bermula kita tak perlu buat semua itu. Sudah ada laman web borong barang China dimana anda boleh lihat katalog online. Order barang China online dan tunggu barang di rumah sahaja.

Caranya mudah apabila anda sudah tahu bagaimana nak memilih barang China yang murah, pembekal yang betul dari laman web barang China, melantik agen yang akan menguruskan import barang China anda dengan harga berpatutan dan elakkan segala birokrasi dan jimatkan kos-kos yang tak sepatutnya.

Ada beberapa tips supaya anda tidak mudah ditpu dan bagaimana nak buat penjimatan supaya barang China yang anda dapat nanti masih murah samada untuk diguna sendiri atau sangat berbaloi untuk anda buat bisnes jualan semula agar dapat profit margin yang berbaloi.

Dengan teknologi yang canggih anda sudah dapat import barang China hanya dari rumah di depan komputer dengan cara yang mudah pula.

Ianya tidak mustahil!

Import barang China

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*