Cara membuat landing page facebook

Setahu saya landing page ini hanya boleh dibuat di fanpage sahaja. Tujuan landing page samada anda ingin membina laman jualan dalam facebook atau anda juga boleh squeeze page dan paling best ianya adalah cara yang sesuai untuk hasilkan fangate untuk menaikkan like fanpage anda.

cara buat landing facebook landing tab

Ada beberapa cara untuk membuatnya mengikut kesesuaian kemahiran dan bajet anda. Saya akan senaraikannya mengikut pengalaman sendiri dan lebih mudah terus kepada platform untuk menghasilkan tab atau landing page facebook terebut:

1. Heyo.com

Dulu ianya dibawah syarikat lain iaitu Lujure.com dan telah diambilalih oleh Heyo.com. Jika dahulu ia boleh digunakan secara pecuma namun sekarang anda perlu bayar yuran bulanan sekiranya nak guna. Kelebihannya? Anda mampu menghasilkan landing page yang cantik dengan mudah kerana kecanggihan platform yang digunakan.

2. Shortstack.com

Platform Shortstack.com juga boleh tahan canggihnya namun ia memberi peluang untuk anda mencubanya sehingga anda capai 2000 likes pertama saja. Sekiranya anda mahu terus menggunakannya perlu dibayar yuran bulanan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara menggunakan platform Shortstack.com anda boleh dapatkannya dengan klik sini.

Saya sendiri telah berjaya mengumpul 2000 likes untuk salah satu fanpage bisnes saya dan anda boleh lihat buktinya melalui screenshot dibawah.

3. Woobox

Setakat ini ia adalah percuma untuk digunakan. Anda boleh memilih samada untuk menghasilkan landing page secara WYSIWYG atau HTML mengikut keselesaan anda. Anda boleh tonton video yang saya ambil dari Youtube.com di atas untuk cara menggunakan Woobox.

Sila share info ini di wall fb anda sekiranya anda rasakan info ini sangat bermakna buat anda.

Klik sini —> Tarik trafik dari FB (cara old school)

2 thoughts on “Cara membuat landing page facebook”

  1. Assalamualaikum.

    Saya Rohayu dr Johor Bahru.Saya ada soalan tentang landing page di facebook.

    Saya nak tanya,macam mana nak dapat kod html tu untuk di isi dalam “content”

    Harap dapat membantu.

    Terimakasih

  2. Rohayu; kod html ini perlu dipelajari walaubagaimanapun anda boleh guna servis berbayar seperti yang saya nyatakan dalam artikel dimana ia dah dipermudahkan kepada drag n drop sahaja. lagipun servis ini selalunya akan beri tempoh promosi percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *