Cara membuat komisen dengan affiliate dan dropship

Affiliate merupakan topik evergreen sepanjang masa dan alhamdulillah semakin ramai yang dah arif tentang apa itu affiliate. Bagi yang belum tahu program affiliate memberi peluang kepada individu untuk mendapat komisen. Tentu anda sangat berminat dan tak sabar nak tahu. Jadi tanpa buang masa saya nak kongsikan cara membuat komisen dengan cara yang paling ringkas:

Lihat contoh komisen di sini.

1. Daftar dengan program affiliate

Terdapat banyak program affiliate samada dalam negara atau luar negara. Anda hanya perlu pilih program affiliate yang kukuh dan terkenal dengan melihat kepada cara pembayaran komisen yang konsisten.

2. Pilih produk sesuai untuk anda promosikan dimana anda rasa ada kekuatan dalam projek tersebut.

Program affiliate menyediakan pelbagai produk jadi anda perlu pilih yang sesuai bagi anda di mana anda banyak pengalaman dan pengetahuan latarbelakang tentang produk tersebut.

3. Dapatkan affiliate link bagi produk yang igin dijual.

Setiap kali anda berjaya mendaftar sebagai affiliate, satu link khas akan diberi agar anda boleh mula menjalankan promosi hanya denga cara kongsikan link tadi dengan kawan kawan di Facebook, forum, blog, iklan online dan sebagainya.

4. Promosikan link affiliate anda di mana sahaja kecuali yang dilarang oleh pemilik asal produk.

5. Anda akan dianugerahkan komisen pada setiap kali ada orang yang membeli produk dari link affiliate anda.

Bagaimana dengan dropship pula?

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal

Saya harap anda sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan dropship. Jadi saya akan bawakan terus tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui dropship ini.

Jom kita lihat  4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Klik sini —> Cara buat komisen affiliate

3 thoughts on “Cara membuat komisen dengan affiliate dan dropship”

  1. Thanks bro.Sharing yang sangat bermanfaat.Dropship saya buat hanya modal fb pendapatan Rm200-Rm500 sebulan tanpa keluar modal beli domain hosting segala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *