Cara jaga enjin Myvi

Tips mudah jaga enjin ialah pastikan cukup mileage tukar minyak hitam tukar oil filter.

Ini tips paling basic semua orang kena tau.

Kalau tak nak tukar benda ni memang confirm tak pakai lama la enjin korang.

Minyak hitam bukan sebarang minyak ya.

Paling cikai kena la pakai minyak semi sintetik.

Boleh je pakai minyak hitam mineral biasa tapi enjin bisa gegar lepas 5 tahun.

Semi sintetik boleh la rasa sedap lagi enjin bole pakai lama lagi kereta tu.

Lepas tu kalau dah upgrade dari minyak mineral ke semi sintetik jangan la tukar balik ke minyak lama minyak mineral.

Ini boleh merosakkan enjin.

Sebab enjin dah biasa sedap kita tukar ke minyak kasar memang enjin pun boleh jadi kasar jugak.

Lepas tu, oil filter kena tukar sekali bila tukar minyak hitam.

Jangan cakap kat pomen suruh pasang balik recycle oil filter tu, jahanam pulak kereta tu.

Bukan apa, banyak debu besi dalam minyak hitam lama dan terkumpul kat oil filter.

Sebab tu kena tukar supaya enjin sentiasa smooth dan kurangkan geseran dalaman.

Ini ialah tips basic mesti tahu.

Tak kisah samada cara jaga enjin myvi ke, alza ke, pesona ke, saga ke, perodua ke, ertiga ke, cara jaga injin kelisa ke semuanya lebih kurang sama secara asasnya.

Mana-mana yang berlainan sangat tu kena la tanya dengan servis center.

Lepas tu …

Banyak lagi yang nak kena tau.

Gearbox camner nak jaga lagi-lagi kalau pakai auto.

Belting – timing belt, aircon belt, alternator belt.

Bateri pun silap-silap betri kong kereta tak boleh nak start.

Apa lagi?

Brek pad, brek disk dan macam-macam lagi.

Tak semua kena tukar serentak.

Cuma kena tahu bila patut tukar, apa yang tak patut tukar (sebab masih elok), apa yang kena tukar ikut mileage.

Pemilik kereta kena tau supaya tidak dikelirukan oleh pomen yang tak berapa jujur.

Itu je.

Kalau pomen semua jujur dalam dunia ni, aman hidup!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *