Cara dapat 1000 like di Facebook Fan page tanpa kos

Saya menulis post ini kerana terdapat pengunjung yang mencari maklumat berkaitan di blog ini. Selalunya begitu. Saya akan mula menulis berdasarkan perkara atau keperluan untuk pengunjung blog saya agar anda dapat maklumat yang anda cari-cari selama ini.

Saya juga menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri namun jika subjek tersebut saya belum ada pengalaman maka saya akan membuat sedikit penyelidikan untuk berkongsi bersama.

Saya ada beberapa fan page yang mempunyai lebih 1000 likes yang mana saya tidak menggunakan fb ads. Saya juga ada fan page yang mempunyai lebih 1000 likes dengan menggunakan fb ads. Jujur saya katakan saya lebih selesa untuk mendapatkan like secara semulajadi dan agak rugi rasanya bila menggunakan iklan berbayar kerana mungkin saya kurang mahir fb ads. Ini kerana modal habis tapi tidak dapat modal semula.

Berbanding jika saya dapat jualan tanpa menggunakan iklan fb ads bermakna untung saya bersih. Begitu juga dengan like. Jika anda ingin dapatkan like gunalah cara semulajadi yang percuma dan anda tidak rugi apa-apa. Apa strategi yang saya gunakan untuk dapat 1000 like? Saya senaraikan senjata yang perlu anda ada seperti dibawah:

1. Blog

Blog terbahagi kepada dua; berbayar dan percuma. Blog sangat penting kerana ia mempunyai trafik yang berterusan dan konsisten setelah anda update ia dengan baik. Trafik blog juga boleh anda halakan kepada interest tertentu dan seterusnya berikan link fan page anda juga anda bina atas dasar interest tertentu juga. Ini menjadikan segala usaha anda di fokuskan kepada niche tertentu sahaja. Anda boleh letakkan link fan page anda di blog atau anda juga boleh letakkan link apps atau aplikasi Facebook anda. Semuanya perlu bergantung pada niche anda. Ianya perlu selari antara topik blog post dengan niche Fan page yang anda ingin promosikan agar anda dapat kumpul peminat dan like yang berkualiti. Biarlah dapat 1000 likes yang berkualiti dan mempunyai minat yang sama berbanding dengan 1 juta like tapi tidak berkualiti.

2. Fan page

Fan page yang baik adalah yang fokus kepada niche tertentu agar usaha promosi anda lebih berbaloi. Fan page yang bagus adalah yang selalu anda update. Like akan datang secara semulajadi tanpa anda paksa. Ini adalah kerana niche yang anda pilih adalah hot dan update yang anda buat sangat menarik. Berbanding sesetengah orang yang meminta orang lain untuk like fan page rasanya agak kurang sesuai cara itu.

3. Apps atau aplikasi Facebook

Apps yang dibina tanpa tema untuk mendapatkan like secara membabi buta sesuai untuk dapat like secara kuantiti tapi kurang berkualiti. Saya juga gunakan apps pada masa tertentu untuk menangkap like yang fokus kepada niche yang saya hendak. Contohnya anda jual tudung jadi anda harus reka aplikasi yang berkait dengan tudung. Bila bakal pelanggan like bermakna pelanggan itu memang minat tudung jadi anda mengumpul peminat yang berpotensi utnuk membeli tudung pada akan datang. Cuba bandingkan jika anda buat apps tentang video pelik orang menari tetapi sebenarnya anda menjual baju muslimah. Adakah anda rasa pengunjung ini yang suka video pelik orang menari akan membeli tudung anda? Rasanya tidak.

Adakah anda mahu tingkatkan jualan bisnes anda?

1000 like

7 Comments

  1. suka info no.3 tu..tarik pengunjung dgn minat yang sama tips yang sgt menarik.
    tp persoalannya tuan..apa kebendanya apps tu..
    kat mana pulak bleh sy dptkan apps ni?

    boleh tuan citerkan sket.. 🙂

    terima kasih.
    -buah cempedak di luar pagar-

  2. sama sama Faris, usaha yg penting ialah konsisten biar sedikit tapi hari-hari buat, mohon petunjuk Allah pasti akan dikurniakan kepandaian tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*