Cara-cara menjual secara online di internet

Anda tentunya sedang tertanya tanya berkenaan bagaimana cara-cara menjual secara online di internet.

Jika anda tanya saya soalan ni – saya akan jawab menjual dengan guna fan page facebook dan blog.

Banyak lagi cara lain sebenarnya seperti Mudah.my atau Secondhand.com tapi cara ini anda tiada kawalan penuh – mungkin iklan anda tidak dibenarkan untuk penerbitan atau terdapat tamat tarikh tempoh tertentu.

Tetapi tidak dengan blog dan fan page anda sendiri. Anda boleh letak iklan anda sebanyak mana dan sepanjang masa yang anda mahu. Tiada halangan.

Apa kelebihannya?

Bisnes anda berjalan 24/7 tanpa henti.

Blog berfungsi untuk mencari pelanggan secara auto sementara fan page menyediakan katalog produk dan platform yang sangat friendly dan interaktif untuk pelanggan berkomunikasi dengan penjual.

Bagaimana blog boleh mencari pelanggan secara auto. Biar saya terangkan. Sebenarnya bukan semua blog mampu buat begitu. Hanya blog yang berpengaruh yang boleh. Blog post yang berpengaruh juga begitu.

Berpengaruh maksudnya kandungan post tersebut mengandungi info yang dicari-cari orang. Yang paling penting kedudukan blog/post anda terletak di posisi yang tinggi sekali dalam carian google.

Belum jelas lagi?

Dapatkan penerangan lanjut disini —> INFO LANJUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *