Buka kedai online untuk bisnes trading

Buka Kedai Online

Sebenarnya timbul niat saya untuk tulis artikel berkenaan buka kedai online ni sebab cadangnya semalam ada nak beli sedikit barang untuk buat satu projek kat rumah.

Ada dapat no kontek untuk satu company ni so saya pun cubalah browse internet untuk nak cari info lanjut berkenaan syarikat dan apa jenis barang yang dijual untuk window shopping dulu.

Tapi saya memang sangat frust sebab pertama hanya ada satu link sahaja berkenaan syarikat ni lepas tu link tu pun bila buka macam tak siap. Itu syarikat orang tapi saya yang kecewa.

Kenapa?

  1. Kerana ia bisnes orang Melayu Islam
  2. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ianya langsung tak dimanfaatkan
  3. Hanya dengan manipulasi media sosial yang percuma, kita dah boleh buka kedai online

Apa ada dengan kedai online?

Bagi syarikat-syarikat trading yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau besar sekalipun apa salahnya kita buka kedai online. Tak perlu canggih pun…buat yang simple je.

Contohnya buka kedai online dengan Facebook page atau fanpage hanya guna Facebook je pun.

Dengan Facebook page kita boleh upload semua gambar barang yang nak dijual ke dalam beberapa album mengikut kategori produk perniagaan kita. Dengan cara ini pelanggan boleh rujuk dahulu dan membuat pilihan secara dalam talian.

Facebook page juga beri peluang kepada syarikat perniagaan untuk memasukkan maklumat perniagaan lain seperti info syarikat, alamat dan no telefon.

Malah jika anda tahu caranya Facebook page anda akan mudah diakses dari injin carian Google dan pelanggan mudah menjumpainya menjadikan bisnes anda agak popular di mata pelanggan.

Tolong jangan sia-siakan maklumat yang saya sediakan ini. Jika anda buat perniagaan dan masih belum ada kedai online kat bawah ni saya sediakan cara buka kedai online dengan menggunakan Facebook page. Ia percuma dan sangat user friendly.

Cara Bina Fanpage

Dalam artikel ini saya akan tunjukkan anda cara untuk bina Fanpage dengan cara yang betul. Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan log in ke Facebook.com. Jika anda belum ada akaun, anda hendaklah sign up sekarang.

Langkah seterusnya pergi kepada link ini …

http://www.facebook.com/pages/create.php

Membina Fanpage sebenarnya sangat mudah tetapi masih ramai yang belum tahu bagaimana nak membuatnya dan kunci yang paling utama adalah apa jenis Fanpage yang paling sesuai.

Buka Kedai Online

Merujuk kepada gambar di atas, anda perlu pilih “Brand or Product”…

Kemudian pilih kategori produk mengikut minat atau niche yang anda cuba pasarkan, samada Website dan sebagainya. Kemudian namakan Fanpage tersebut menurut “keyword” niche atau produk anda setelah membuat sedikit kajian pasaran. Selain “keyword” anda juga boleh gunakan “nama brand” anda sendiri tapi bukan nama brand hakcipta terpelihara seperti Sony, Acer, HP dll.

Kemudian klik “Get Started”…

cara bina fanpage step 2 - Buka Kedai Online

Langkah selepas ini tidak kurang pentingnya yang akan menentukan kejayaan Fanpage anda.

Bina Gambar Profil Anda

Bagi pembinaan gambar ini anda perlu mendapatkan imej yang berkaitan dengan niche anda. Ramai juga yang dapatkan imej dari “Google images” namun anda perlu berhati-hati kerana mungkin ianya dilindungi oleh Hakcipta Terpelihara. Imej yang perlu dicari mestilah imej yang menonjol dan menarik minat ramai pada masa yang sama berkait rapat dengan niche yang anda cuba pasarkan.

Imej Percuma

Bagi mendapatkan imej percuma anda bolehlah dapatkannya di “Google Images” hehe…

Sebenarnya yang paling mudah ialah dengan mengambil gambar sendiri dengan kamera jana imej sendiri dengan perisian yang sesuai. Pilihlah imej atau suasana yang berkaitan dengan niche anda.

Setelah membuat pilihan, “Save” imej tersebut dalam komputer anda. Seterusnya anda bolehlah ubahsuai gambar profil anda, jika perlu. Ada banyak kaedah untuk ubahsuai, samada anda gunakan perisian Paint, GIMP atau and juga boleh gunakan perisian secara online dengan klik link ini;

http://www.Pixlr.com

Upload Gambar Profil Anda Ke Fanpage

Rujuk kepada gambar dibawah sekarang anda boleh upload imej banner profil yang telah anda buat dengan klik “Upload an Image”….

cara bina fanpage step 3 - Buka Kedai Online

Setelah upload banner tersebut dan terus klik “Continue”.

Jadi, sekarang anda telah pun ada Fanpage anda sendiri dan bolehlah mulakan pemasaran dengan menggunakan platform ini.

Sebelum itu anda jangan lupa untuk upload imej cover atau header fanpage anda. Bagi mendapatkan cover yang profesional anda boleh upah designer. Banyak servis yang ditawarkan secara online. Anda juga boleh buat sendiri, tidak susah untuk membuatnya.

Namun jika anda perlukan bantuan, sila rujuk cara untuk hasilkan cover timeline Fanpage yang profesional dengan perisian online percuma merujuk kepada cara bina timeline facebook cover.

Anda telah mengikuti cara step by step bina Fanpage bagi Facebook. Diharapkan, dengan perkongsian tersebut, anda semakin jelas dan faham bagaimana bina fan page.

Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa ‘janggal’, masih keliru atau wujud sifat ‘takut-takut’. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah dipelajari.

Apa yang disentuh di dalam post ini hanyalah ‘sedikit’ agar anda tidak mengalami ‘limpahan maklumat’ (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang dipelajari, maka anda tidak dapat fokus dan tidak mendapat hasil yang tidak memuaskan.

Baca, faham dan praktikkan ilmu-ilmu yang anda pelajari di dalam post ini untuk apa sahaja tujuan yang memberikan kebaikan untuk anda.

Bina fanpage anda step by step mulai dari sekarang.

Ingatlah. Facebook page akan jadi macam satu landmark perniagaan anda secara online. Anda mungkin tak aktif secara online tapi yang utama ialah keujudan anda secara online telah disedari oleh warga netizen.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lebih aktif secara online kemungkinan perniagaan anda akan lebih dikenali dan tersebar dengan lebih cepat.

Nak tahu cara promosikan perniagaan anda di Facebook, anda boleh belajar dengan cara yang betul supaya ianya mudah dicari, dikenali dan boleh membuat keuntungan yang lebih lagi.

In shaa Allah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com