Budget 2019 Malaysia




Berikut dinyatakan faedah-faedah Budget 2019 Malaysia mengikut stakeholder:

  1. Pertanian

Sektor pertanian adalah diantara yang menerima bajet terbanyak seperti yang dibentangkan dalam budget 2019 Malaysia di parlimen baru-baru ini. Ianya adalah bagi menggalakkan pertumbuhan yang lebih rancak dalam penghasilan dan pengeluaran oleh para petani, penternak dan nelayan serta menaikkan pendapatan mereka.

Fokus utama sektor pertanian adalah penyelidikan dan pembangunan untuk menambah pengeluaran biji benih dan buah-buahan yang melibatkan RM47 juta dan RM18 juta pula adalah untuk automasi untuk industri makanan berasaskan pertanian. Sebanyak RM52 juta diperuntukkan bagi program usahawan tani bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menyertai sektor agro-food, makanan berasaskan pertanian. RM215 juta diperuntukkan kepada MARDI dan RM98.5 diperuntukkan kepada pakej insentif kewangan nelayan.

RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

Kerajaan akan menyediakan Insentif Pengeluaran Getah dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.

2. Penjawat awam

Berita baik untuk penjawat awam, kerajaan mencadangkan bonus sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bonus sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bonus ini melibatkan kos RM1 bilion. Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.

3. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera;

Memperuntukkan RM100 juta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal.

Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%.

Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.

RM100 juta akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil.

RM20 juta untuk pelancaran kempen “Beli Barangan Malaysia” untuk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.

3. Agama rasmi Islam

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.

Sebenarnya banyak lagi nak tulis disini tetapi masa tak mengizinkan kerana banyaknya maklumat yang dikongsi di internet menjadikan kita overload pula.

Oleh itu, lebih banyak lagi manfaat untuk rakyat yang disayangi bolehlah anda baca di laman Intipati Bajet 2019.

[TIPS NIAGA] Mahu Hasilkan Jualan di Fesbuk SEGERA Tanpa FBads? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Strategi Meroket Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Strategi Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 700 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*