Borong China 1688

Apa Borong China 1688 ni? Kalau nak tahu inilah lubuk baru untuk dapatkan supply barang dari China dengan harga murah dan berbaloi. Pada sesiapa yang dah biasa buat trading tu tentu dah berurusan dengan alibaba, aliexpress, Taobao dan bermacam lagilah website borong China ni. Tapi kali ni ada satu lagi lubuk baru yang anda mesti tahu. Rugi tak tahu sebab senang nak berurusan dan harga pula susah nak tolak! Yang paling best tu nak shopping borong pun boleh buat sambil-sambil minum kopi dengan guna handphone kat tangan. Tak payah susah-susah nak buka dan on laptop bagai memang konvinien dan shopping friendly.

Tapi walaumacamanapun mesti dingat. Nak borong tu kena beringat dan mesti ada ilmu dan jangan main redah je kan. Penipu ada dimana-mana. Yang penting kita sebagai peniaga mesti la tahu bagaimana nak kenal penipu atau orang yang betul nak berniaga. Kalau kat Facebook pun belambak yang kena tipu apalagi online kan. Kenapa setengah orang mudah kena tipu dan ada orang lain pula elok je shopping online. Ini adalah kerana kita boleh kenal penipu dan elak berurusan dengan scammer sebab ramai lagi yang berniaga dengan jujur. Sama juga dengan borong China ni kenalah tahu dan kenal supaya urusan borong kita mudah dan lancar. Jangan bagi peluang pada orang yang tak jujur tu menipu kita.

Oleh itu ada tips borong yang nak dikongsikan disini. Jeng jeng jeng. Laman web 1688.com ni sebenarnya ialah laman web borong untuk dalam negara China sahaja. Maksudnya shipping barang hanya terhad dalam negara China. Jika anda order pun banyaka mana bila nak letak shipping ke Malaysia memang tak boleh. Tiada servis penghantaran ke Malaysia disediakan. Oleh yang demikian pembelian adalah boleh dibuat melalui agen sahaja. Jadi perlulah kita sangat berhati-hati disini. Pertamanya, elekkan peniaga penipu dan kedua elakkan agen penipu. Caranya ialah cari peniaga atau pembekal yang trusted dan gunalah egen yang trusted. Selain itu, jika anda berjaya sudah tentu barang yang anda dapat berbaloi-baloi murah.

OK tak mahu cerita panjang. Nak tahu apa barang yang boleh diborong di 1688.com? Sila tengok senarai kat bawah ni ye:

  • Beg sekolah yang kiut-miut
  • Mainan berkualiti untuk kanak-kanak, remaja
  • Karpet, runner
  • Handphone cover
  • Umbrella storage foldable
  • Waterproof car seat back
  • Banyak lagi

Kesipulannya, Borong China 1688 adalah lubuk baru untuk anda yang berniaga atau sesuai juga bagi yang baru nak berniaga. Ramai orang dah mula berpusu-pusu memborong di 1688.com. Bagi yang pernah gagal dulu, jangalah putus asa sebab ada bukti yang tunjukkan semakin ramai yang dapat manfaat especially yang memang minat dengan pelbagai produk dari China untuk guna sendiri atau untuk dijual semula.

Kegagalan sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal yang dulu adalah sebagai petunjuk supaya kita tak ulangi semula kesilapan tersebut dan cuba dengan tips dan langkah yang baru. Bila kita semakin terdedah makin banyak yang kita tahu, masa itulah kita dah mahir dan boleh jadi pakar borong China. Sangat rugi nak melepaskan lubuk 1688.com ni. Orang lain ambil peluang so kita pun patut rebut sama peluang untuk tambah pendapatan dan bantu supply produk kepada oarang lain yang memerlukan tapi malas nak import. So kat situlah tugas kita untuk penuhi permintaan.

Nampak kan.

1 Trackback / Pingback

  1. Nak niaga apa ya nak mula bisnes tahun ini? – Sembang Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*