Bonda Nor dedahkan mengapa beliau ‘terpaksa’ menulis




Kita akui bahawa tak semua orang suka menulis. Jika masing-masing menanyakan diri sendiri sudah tentu ramai yang ingin lari dari menulis ibarat pena itu sangat berat dan besar untuk dipikul.

Blogger juga begitu apalagi blogger yang kurang ‘asli’. Kejap tulis kejap tidak. Memang tidak konsisten. Adakala rajinnya menulis sampai 2 – 3 artikel sekali pos lepas tu berbulan-bulan blog tak update. Banyak faktor yang sebabkan kemalasan menulis ini:

  1. Sibuk

Sibuk ini akan sebabkan limitasi masa. Untuk menulis memerlukan masa untuk berfikir. Bagi yang menggunakan komputer, hendak on komputer dan laptop juga perlukan masa senggang. Jika terlalu penat kadangkala bukan kita yang tengok komputer tetapi komputer yang lihat kita. Boleh jadi tak sedar bila masanya lelap masa tengah nak fikir nak taip apa.

2. Tiada idea

Ini alasan standard. Idea hanya timbul bila fikiran tenang dan stabil. Walaubagaimanapun, idea boleh timbul pada bila-bila masa tak kira tempat. Hanya samada kita sempat untuk catat atau ia akan hilang begitu sahaja. Kemudian apabila kita sudah free, idea pulak tak timbul-timbul.

3. Kurang tekanan

Kurang tekanan atau tiada push sebab tiada keperluan oleh itu tak penting nak menulis. Tulis atau tidak sama sahaja. Pemikiran begini akan sebabkan tiada kemajuan dan karya tulisan sukar nak menjadi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini nak cerita tentang Bonda Nor, beliau menulis sebab ada BIG WHY. Perkara inilah yang mendorongnya untuk menulis. Beliau bukanlah seorang yang ada cita-cita untuk jadi penulis dan bukanlah kaki tulis ni. Tak terfikir pun kerjayanya akan ke arah penulisan.

Perkongsiannya ini di ceritakan melalui satu slot di Radio Ikim.fm. Jadi dapatlah saya dengan sikit dan share tipsnya kat sini. Pendek cerita Bonda Nor ini terpaksa menulis kerana menulis boleh jadi salah satu saham akhirat dengan syarat tulis perkara yang baik-baik sahaja. Sewaktu remaja beliau mengaku agak nakal sehinggalah satu saat itu seakan diberi hidayah, sampai bilalah akan terus begini.

Sekiranya beliau bertaubat bagaimana dengan perbuatannya yang lalu. Bagaimana nak tebus kembali dan untuk masa depannya bagaimana beliau boleh lakukan satu amal dan dapat pahala berterusan secara pasif. Setelah puas berfikir untuk memilih teknik yang sesuai akhirnya beliau memilih untuk menulis.

Idea ini timbul dari pemerhatiannya bagaimana setiap Jumaat orang baca Yasin dan tahlil dengan buku-buku yang disedekahkan atas nama orang yang telah meninggal dunia. Selagi orang menggunakan buku tersebut maka pahalanya berterusan. Begitu juga dengan Hasan Al Banna yang membuat kompilasi Al Mathurat dimana sehingga hari ini orang mengamalkannya.

Sebenarnya ada banyak cara lagi untuk buat amalan pasif ini contohnya wakaf namun Bonda Nor memilih untuk menulis. Kerana menulis ini pada waktu kita niat nak share ilmu dan pada masa yang sama akan menjadi pahala buat kita bila orang amalkannya. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Jika sudagar kain boleh meniaga dengan sebahagiannya disedekahkan begitu juga dengan menulis. Bagi kita yang ada blog jangan sia-siakan peluang ini. Lama sangat tak update blog rugi peluang kita nak buat pahala sebenarnya. Maksudnya disini betulkan niat nak update blog untuk banyakkan bank pahala akhirat supaya kita ada back up nanti disana. Niat sebegini jadi lebih cantik dan rasional berbanding hanya tujuan dunia semata kerana nak promot produk atau nak dapat banyak klik dari iklan Adsense. Boleh niat gitu sebagai sampingan tetapi mesti tanamkan niat utama hanyalah untuk Allah swt.

Dengan cara ini jiwa anda akan lebih tenang untuk menulis.

[PERHATIAN!] Nak Contoh Ayat Jualan FB dan Instagram SEGERA? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Ayat Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Template Ayat Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group / Instagram Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 699 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*