Blog buat duit dengan Adsense

Kalau ada blog tapi berhabuk…rugi.

Ada pelbagai program pengiklanan di alam maya ni yang anda boleh pasang agar trafik yang ada boleh menyumbang kepada ekonomi anda sekeluarga.

Antara program pengiklanan yang masih utuh hingga sekarang ialah Google Adsense.

Bagaimana iklan Google Adsense ini bekerja?

Cara memasang iklan Google Adsense ini ialah dengan meletakkan kod iklan di kawasan dalam blog yang kita pilih.

Bagi yang suka membaca blog anda pasti akan perasan iklan Google Adsense. Jika ada iklan yang muncul berkaitan tentang situasi atau artikel blog yang di baca maka iklan yang keluar adalah sangat relevan membuatkan prospek teringin tahu lebih lanjut dengan terus klik iklan Google Adsense.

Bila pengunjung klik, dia akan dapat maklumat manakala kita pulak dapat duit – win win situation.

Niatkan pasang iklan adsense untuk bantu orang lain dapat info yang dikehendaki. Sambil sambil itu kita pun dapat faedahnya.

Blog yang boleh kita pasang adsense adalah blog wordpress berbayar malah blog blogspot yang percuma tu pun boleh sebabnya blogger.com tu adalah Google yang punya.

Daripada blog kosong terbiar dan lebih baik kita monetize dengan Iklan Google Adsense kan.

Bukan setakat komisen adsense je sebenarnya, banyak lagi yang boleh promosi untuk dapat komisen.

PanduanBuatDuitBlog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *