Bisnes tanpa modal (buat dari rumah)

Selalunya bila orang memperkatakan tentang bisnes semestinya dikaitkan dengan modal untuk memulakan bisnes. Oleh kerana itu jarang orang mahu berniaga kerana fikirkan kesusahan yang bakal ditanggung.

Kita sudah tersangat sinonim jika mahu memulakan perniagaan perlu meminjam wang dari institusi kewangan. Nasib baik sabut timbul, nasib tak baik boleh tenggelam.

Oleh yang demikian sudah sampai satu masanya kita reset minda kita untuk memulakan perniagaan tidak semestinya perlu ada modal. Mudah katanya untuk memulakan satu-satu perniagaan gunalah apa yang ada ditangan terlebih dahulu.

Lagi satu mitos yang perlu anda hapuskan dari minda anda adalah anda mesti ada produk sendiri untuk menjalankan perniagaan. Idea ini juga kurang tepat kerana kini terdapat pelbagai manufacturer atau pengeluar yang memerlukan agen untuk memasarkan produk mereka. Agen-agen ini akan mendapat komisen apabila berjaya menjualkan produk-produk yang dihasilkan oleh pengeluar ini.

Jadi tidak ada sebab untuk anda untuk tidak mulakan bisnes anda pada hari ini juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *