Bisnes online 2015: Apa persediaan bagi wanita yang nak mula bisnes di rumah?

Ramai wanita yang asyik terfikir bila agaknya mereka boleh buat bisnes dirumah. Dengan komitmen di pejabat, masa adalah sangat tidak mengizinkan. Macam impossible je! Lagi lagi tambahan pula banyak kerja – kerja sedia ada sebagai seorang surirumah memang memeningkan kepala!

Anak-anak dan suami juga memerlukan perhatian. Sebab itu dalam rumahtangga perlu ada sikap bantu membantu antara satu sama lain sebab semua tugas sepatutnya di pukul sama-sama. Dalam hal ini wanita memang perlukan persediaan mind set dari segi mental sebelum anda mulakan bisnes dari rumah yang di idam-idamkan.

Jangan terus terjun tanpa membuat apa-apa persediaan khuatir keadaan menjadi lebih teruk berbanding dari sebelumnya dan akan mengakibatkan stress atau tekanan melampau silap-silap boleh meroyan la pulak! Apa yang anda perlu buat ialah survey dan tinjau-tinjau dahulu peluang yang ada. Masa anda pula cuba susunkan jadual, bila masa nak online dan bila masa pula nak siapkan makanan untuk keluarga.

Cuba-cuba bayangkan dan renungkan dengan jadual yang anda rangka boleh ke agaknya fit dengan masa yang anda ada? Bisnes pulak biarlah yang anda minat sebab bagi menjamin kelangsungan bisnes elok buat perkara yang kita suka dan minat bukan main hentam keromo ye! Supplier pula macammana kan. Jauh atau dekat yang penting mesti reliable dan tak banyak songeh dan ragam, silap-silap pelanggan dan ada pembekal pulak buat hal.

So, untuk mulakan bisnes kat rumah pastikan semuanya in place supaya tindakan berjalan lancar dan licin. Kepala tak stress, keluarga terurus rapi. Masa tu, barulah best nak bisnes di rumah kan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shakleebangiasnida.esp.vitc (@shakleebangikedaivitamin) on

About Azam Mohd 668 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan yang 'on and off' menulis tidak tentu masa ikut mood yang terlintas. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk atau servis masing-masing di blog ini. Sila hubungi penulis jika berminat.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*