Bisnes di rumah buat cupcake peroleh jualan 3-4 angka sebulan

Artikel ini adalah perkongsian dari Pn Guru Ainon Mohd.

Anda berminat dengan bisnes buat cupcake dari rumah? Tapi risau jika tak mampu nak pasarkannya?

Dalam bisnes produk bakeri, pemasaran sangat penting. Malah ada rahsia mereka yang menjadi Jutawan dalam bidang bakeri. Kebanyakan tempat bidang bakeri dikuasai oleh kaum Cina. Kaum India sangat kurang terlibat dalam bidang ini. Ya, kini ramai bakeri Melayu bergelar jutawan.

Antaranya pengeluar Kek Coklat Anis dan juga pengeluar produk jenama Mek Siti dari Kelantan.

Kini mula kebangkitan bakeri Melayu dengan konsep berjemaah atau berkumpulan. Terus terang anda tidak akan kaya dengan menjual sendiri produk anda. Mungkin boleh kaya tapi ia memakan masa bertahun-tahun.

#  Jadi Bagaimana Nak Berjemaah dalam Bisnes Bakeri?

Produk keluaran bakeri Melayu sangat tinggi permintaan kerana kuasa beli orang Melayu sangat tinggi. Inilah antara faktor peniaga Cina sangat menjaga pelanggan Melayu mereka.

Kini di pasaran produk bakeri daripada bangsa Melayu yang dulunya bermula secara kecil kecilan kini bertambah besar dan berkembang dengan sangat pesat.

# Faktor Utama:

1. Sedap
2. Halal
3. Pasaran yang betul
4. Chanel pemasaran yang betul.

Apa yang perlu anda buat ialah membentuk channel pemasaran anda. Apa yang kami belajar daripada Pakar Pemasaran seperti Dr. Azizan dan Puan Ainon Mohd. Bentukkan channel pengedar dan pemasaran.

Dalam Ainon Business School (ABS), chapter dibentuk di setiap daerah sebagai saluran pemasaran produk. Dengan adanya chanel atau agen ini, produk lebih mudah dipasarkan dan kos pemasaran boleh dikurangkan kerana ia dikongsi oleh chanel yang dibentuk tersebut.

#  Asingkan Tim Pemasaran & Tim Pembuatan

Anda perlu bentuk 2 entiti dalam perniagaan anda, iaitu tim pemasaran yang akan memasarkan produk dan juga Tim Pembuatan. Ia tidak boleh individu yang sama.

Ramai yang salah langkah yang kononnya jika kita buat semua, kita akan untung banyak. Ia sebenarnya salah. Berapa banyak yang mampu anda jual sendiri?

Berbeza jika membentuk channel, anda mungkin boleh menjual beribu produk anda sehari.

Contohnya anda mengeluarkan roti. Roti anda sangat lembut dan sedap. Sebanyak mana yang boleh anda jual sehari? Malah dalam bidang bakeri, walk in customer agak terhad. Sebab ini banyak yang buka kedai bakeri lingkup kerana tidak sempat nak rolling modal.

Malah kos membuka kedai bakeri sangat tinggi!

# Bentukkan Agen atau Chanel Pengedaran

Anda tidak semestinya perlu membuka kedai. Anda boleh menjimatkan kos operasi dengan bermula dengan rumah. Apa yang perlu anda buat ialah lantik agen jualan produk anda.

Anda boleh deal dengan peniaga lain dan menawarkan komisen terhadap produk anda yang terjual. Contohnya anda menjual roti pada harga RM1.20, Anda berikan komisen 20sen kepada agen atau chanel anda. Dan anda dapat RM1.00.

Dalam kes roti, anda boleh deal dengan kedai makan 24 jam, mak cik kantin sekolah untuk memasarkan roti anda. Jika anda menjual sendiri, 20 biji roti susah nak habis. Jadi jualan anda mungkin hanya RM24 sahaja.

Dengan adanya chanel yang banyak, anda boleh menjual ribuan biji roti sehari. Jika setiap channel berjaya menjual 20 biji roti sehari, anda sudah mendapat RM20 daripada satu chanel.Andainya anda mempunyai 100 agen yang menjual 20 biji roti, anda sudah menjual 2000 biji roti dengan jualan sebanyak RM2000 sehari.

30 hari? RM60,000!!!! Itu sebulan

Jadi kalau 1 tahun – RM720,000.00,

Nak 1 juta pertama? Lebih kurang 17 bulan.

Tapi itu atas kertas la, dalam dunia sebenar ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapi. Ia perkara biasa dalam perniagaan.

Sekarang anda sudah nampak bukan bagaimana berbisnes dengan berjemaah. Malah ia tidak terhad kepada 1 produk sahaja. Anda boleh menggunakan channel sedia anda untuk menjual produk yang lain. Sebab anda sudah “kamching” dengan peniaga berkenaan.

Ia boleh dilaksanakan pada mana-mana produk yang anda anda hasilkan. Tidak mengapa bermula secara kecil-kecilan.

Anda nampak bagaimana orang kaya dalam bidang bakeri? Anda bila nak mula?

Takkan Tengok Aje…

Klik sini —> Cara promosikan bisnes cupcake dari rumah

Bisnes di rumah buat Dark Choco Cupcake

Cara membuat Dark Choco Cupcake yang cantik dan lezat, ternyata tidak sulit, Chef! Simak setiap langkahnya di video dari saya ini, ya. Selamat mencoba!

Photo & Video Production by:
W! Studio
Wanderbites.com
Ph: 082-123-555871

Location:
Mobalpa Showroom, Plasa Kemang 88, Jakarta

5 thoughts on “Bisnes di rumah buat cupcake peroleh jualan 3-4 angka sebulan”

  1. maizura;promosi yang betul adalah kata kuncinya. produk bagus pun tapi promosi tidak kena pun tak boom juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *