Bila taraf hidup dah naik, kenalah tambah pendapatan

Dalam zaman sekarang yang serba-serbi nak pakai wang, anda pasti pening kepala apabila tengok baki gaji yang makin lama tinggal makin sikit.

Ditambah pulak dengan cukai-cukai baru yang timbul seperti GST, kesannya memang betul-betul menyiksakan jiwa. Cuba bayangkan jika semua barang keperluan dicukai, jadi kita ini hari-hari pun bayar cukai. Baru-baru ini katanya tol pula naik. Kemudian harga minyak pun naik juga tapi secara senyap-senyap je, ramai yang perasan samada naik atau turun.

Belum lagi dengan segala bil yang tiap-tiap bulan kena bayar macam bil air, bil TNB, bil IWK, bil UNIFI dengan cukai tahunan yang memang sudah sedia maklum juga mesti kita bayar.

Kita boleh terus mengeluh dan meratapi nasib tapi ianya tidak akan merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Bagi yang selesa, mereka mungkin tak merasa apa-apa dan meneruskan hidup macam biasa sahaja.

Tapi bagi anda yang benar-benar terkesan dan menyebabkan perbelanjaan keluarga jadi tak cukup, adakah kita nak biar sahaja? Jangan jadi orang yang berdoa tapi tak berusaha. Letakkan harapan pada doa kita kepada Allah dan pada masa yang sama cubalah berusaha cari sumber pendapatan tambahan untuk tambah income.

Ada ke harapan bagi yang sibuk nak cari duit lebih? Kan…

Dah la kerja full time, nak kerja lebih pula. Mana nak cari masa? Nak rehat lagi. Masa untuk keluarga lagi. Macam mustahil je.

Kat sini saya beritahu anda, kita masih ada peluang.

Caranya ialah dengan join program affiliate untuk tambah pendapatan.

Mungkin anda ada 2 soalan.

  1. Affiliate tu apa?
  2. Kenapa affiliate?

Elok saya terangkan serba sedikit agar anda tahu tapi tidak terlalu panjang sehingga membosankan dan hilang minat pulak.

Affiliate bermaksud agen. Anda hanya perlu jadi agen atau sales person bagi produk orang lain. Jika anda berjaya menjual dapatlah komisen. Tak perlu simpan stok, tak perlu buat delivery. Hanya buat marketing dan kutip komisen je. Tidak perlu modal juga. Sesuai sangat bagi yang nak tambah pendapatan tapi tiada modal.

Affiliate ini sangat konvinien kerana ada sistem affiliate ini orang dah automate secara online. Ianya adalah satu sistem tracking dimana setiap jualan yang anda hasilkan akan direkod secara dalam talian mudah bagi pembekal untuk bayar anda komisen hujung bulan nanti.

Ada banyak cara lain nak tambah pendapatan seperti dropship tetapi ia memerlukan banyak masa didepan komputer atau tab dan smartphone. Bagi yang ada masa bolehlah cuba. Namun bagi yang benar-benar tak ada masa tapi nak tambah pendapatan, affiliate adalah peluang yang sebenar yang boleh membantu anda tambah pendapatan.

Untuk anda berjaya dengan affiliate, ada beberapa syarat:

  1. Fokus
  2. Konsisten
  3. Automatik

Jika anda tidak memenuhi kriteria di atas memanglah penat yang dapat tapi hasil pun kosong.

Lagi satu, ramai yang terlepas pandang satu perkara. Tak pandai nak promosi. Tidak kisah la produk apa pun, bila tak pandai nak promote memang jadi tak ada siapa nak beli.

Senjata utama untuk bagi masuk duit ialah promosi. Tak tahu nak promosi, duit tak akan masuk.

Anda nak tambah pendapatan?

Klik sini —-> Jana pendapatan tambahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *