Bila nilai ringgit semakin jatuh ramai yang teringat nak jana USD…

Berapa nilai ringgit pada hari ini? Katanya nilai ringgit lemah disebabkan oleh pasaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan bukan disebabkan oleh politik dalaman. Sewaktu Tun Mahathir menjadi perdana menteri dikatakan nilai ringgit jatuh disebabkan oleh penyangak matawang yang menjadikan nilai matawang sesebuah negara sebagai bahan dagangan. Sepatutnya matawang hanya dijadikan sebagai alat untuk berdagang dan komoditilah yang digunakan dalam perdagangan. Jadi apabila wang dijadikan sebagai bahan dagangan sudah tentu ada yang tidak kena dengan ekonomi dunia.

Namun bagi saya, itu adalah kerja perdana menteri dan menteri kewangan untuk menanganinya dan mencari jalan penyelesaian. Kita sebagai rakyat patut sokong apa jua yang terbaik untuk kesejahteraan Malaysia. Sambil-sambil itu kita janganlah pula lepaskan peluang untuk mencari peluang dan menangguk lubuk yang boleh membawa hasil atau memberi advantage kepada kita. Sebab tulah bila nilai ringgit semakin jatuh, makin ramai yang teringat nak cuba jana matawang dalam US dollar.

Saya lihat ada banyak cara nak jana USD dan terpulang kepada kesesuaian semasa kita untuk memilih mana yang sesuai. Antara cara yang saya sendiri pernah dan sedang buat:

1. adsense

2. amazon

3. fiverr

dan terkini …

4. mobicow

Dalam banyak-banyak teknik kat atas, teknik MobiCow merupakan yang tersempoi abad ini. Biar saya cerita satu-satu biar anda faham dan kenapa MobiCow ni yang paling saya rekemenkan.

Adsense

– teknik ini ialah dengan memasang kod iklan Google di blog atau website. Kelebihan teknik jana USD dengan cara ini ialah dengan memohon akaun adsense dan seterusnya jika diluluskan anda boleh terus menjana USD setiap kali pembaca klik kod iklan anda walaupun tanpa membuat apa-apa pembelian. Cumanya setiap klik itu berbeza nilainya manakala nilai payout atau treshold untuk payment agak tinggi juga iaitu $100 dolar dan dibayar menggunakan cek yang dipos dari US. Sekarang mungkin ada cara pembayaran yang lebih baik.

Amazon

– teknik ini ialah dengan membantu pihak Amazon untuk menjual produk fizikal di pasaran luar contohnya US. Tiada pembelian maka tiada komisen yang akan dibayar. Pembayaran adalah melalui cek dan ada nilai payout yang tertentu yang mesti dicapai. Iklan Amazon selalunya di letak di blog atau website dan popular dengan cara pemasaran artikel reviu.

Fiverr

– teknik agak sempoi dan tidak memerlukan produk tetapi lebih kepada kemahiran memberikan servis kepada pelanggan. Pembayaran melalui paypal. Instant money. Agak menarik kerana tidak ada blog atau website pun masih boleh buat duit USD. Cuma mesti siapkan job yang ditempah pelanggan dalam masa yang dihadkan. Tiada job, tiada pembayaran akan dibuat.

MobiCow

– teknik mudah lenggang kangkung setakat ini cuma anda mesti ada blog atau website untuk buat duit USD. Cumanya buat sekali sahaja teknik cut n paste lepas tu tinggal. Pembayaran pasti dibuat sebulan sekali in shaa Allah. Setakat ni belum pernah miss (rujuk gambar). Mungkin tak banyak tetapi tak buat apa pun dan masuk bulan-bulan. Takde produk nak dijual, takde job yang perlu diselesaikan cuma blog mestilah ada trafik supaya income USD MobiCow boleh masyuk.

Bila Nilai Ringgit Semakin Jatuh Ramai Yang Teringat Nak Jana USD...

Memandangkan teknik sangat mudah sampai rasanya budak sekolah pun boleh buat, jadi saya nak kongsikan teknik ini dengan kawan-kawan yang lain itupun jika minat nak duit USD dengan cara yang mudah sangat-sangat. Tapi satu jela, teknik ini tak sesuai bagi mereka yang idamkan ribuan USD dalam masa yang singkat. Teknik cut n paste jana USD mudah MobiCow hanya sesuai bagi anda yang super lazy dan mengharapkan pasif income semata-mata.

Mudah sahaja, apply akaun, jana kod, cut n paste kod ke blog atau website – biarkan dengan trafik organik semulalajadi. Buat sekali sahaja tapi anda mampu menjana USD setiap bulan tanpa henti. Siapa yang tidak mahu kan?

Klik sini —> Jana USD mudah mulai hari ini!

 

2 thoughts on “Bila nilai ringgit semakin jatuh ramai yang teringat nak jana USD…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *