Betul ke bisnes ni?! Macam tak percaya je

Soalan ni biasa keluar.

Kalau tak keluar ikut mulut pun dia tetap ada terdetik di hati.

Ini biasa normal sebab jika tak tanya memang senang la kita kena tipu.

Tapi banyak sangat tanya pun tak betul jugak sebab last last tak ke mana kita.

Asik dok tanya ja tindakan takdak.

Oleh itu biar kita ditengah-tengah.

Persoalkan samada betul atau tak, nilaikan dan jika ok maka join atau cuba.

Bila nak cuba tu ingatkan diri jangan terlalu overexcited.

Cuba pelan-pelan dengan modal yang minimum.

Jika tak perlu modal lagi bagus.

Ini pun boleh jadi kontroversi juga.

Ait…ada ke bisnes yang tak perlu modal?

Macam tak percaya pulak.

Itulah siapa nak bisnes memang hati kena mau keras.

Kalau banyak songeh lebih elok la makan gaji.

Tapi jika sanggup tanggung risiko sebab tak mau kerja dengan orang atau makan gaji jugak tapi tersangat perlukan wang tambahan sebagai pendapatan sampingan maka mestilah berani meredah ranjau dan duri.

Pepatah Melayu kata mana nak dapat sagu jika tak dipecahkan ruyungnya.

Oleh itu jika takut-takut malu nak cuba bisnes pilihlah yang modal rendah supaya jika tak jadi taklah rugi besar.

Tak terkilan dan tak rasa apa kan.

Ada ke bisnes modal rendah?

Klik sini —> Nak tahu bisnes modal rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *