Bersyukur dan rezeki akan berganda-ganda

Kenapa nak bersyukur sedangkan saya belum dapat apa yang saya nak?

Jarang kita nak appreciate benda yang dah ada di depan mata.

Kita asyik menagih benda yang kita impikan.

Kita nak banyak duit.

Kita nak kaya kaya kaya hahaha.

Tapi kita lupa.

Bahawa kita sihat, kita hidup aman, ada mata, ada telinga, ada rumah, ada kereta.

Lihat apa yang kita sedang ada semua itu adalah rezeki.

Kita perlu setiap hari bersyukur dengan yang kita ada.

Gembira dengan apa yang kita ada baru kita rasa tenang.

Mohon, usaha agar rezeki ditambah lagi in shaa Allah.

Jika nak lebih faham lagi, saya kepilkan nota dari Saudara Faisal Abdullah berkenaan bersyukur.

 

Dulu saya fikir, bila banyak duit… maka saya akan happy.

Tapi saya jauh tersasar.

Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.

Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya? bagaimana nak happy?

Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang:

Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)

Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.

Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda, yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.

Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.

Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.

Tidak kisah samada kita peniaga atau tidak, kata-kata ini kita boleh buat renungan. Duit bukan segalanya dalam hidup. Dengan bersyukur, hidup kita akan lebih tenang in shaa Allah.

UNIC – SYUKUR SYUKURLAH

UNIC - SYUKUR SYUKURLAH

Syukur umpama baja kepada rezeki - http://tinyurl.com/aurapositif

Lebih banyak bersyukur Allah akan limpahkan lebih banyak rezeki untuk kita. Rezeki adalah dari Allah maka selayaknya kita bersyukur atas kurniaanNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *