Berniaga dengan Tuhan

Niaga Modal Kecil Untung Besar

Berniaga dengan Tuhan. Adakah Tuhan mata duitan?

Jangan salah faham.

Kehidupan keseluruhannya adalah perniagaan.

Bagi yang cerdik, mereka memikirkan keuntungan yang bakal di kutip sewaktu di akhirat nanti.

Bagi yang buta, mereka hanya fikirkan keuntungan wang ringgit, kekayaan, pangkat dan faedah duniawi sahaja.

Tak percaya kita hidup berniaga dengan Tuhan? Cuba perhati cerita berikutnya …

Berniaga dengan Tuhan boleh jadi tak perlukan modal tapi yang yang berkemampuan lagi besar modal lagi banyak imbuhannya.

Semuanya bergantung kepada kreativiti dan ilmunya masing-masing.

Berniaga dengan Tuhan dalam istilah lainnya ialah beribadah. Beribadah ada yang tidak perlu modal iaitu dengan guna tulang empat kerat. Banyak juga ibadah yang perlukan modal dari sekecilnya hinggalah besar. Istilah lain yang berkaitan ialah melabur pada jalan Allah swt.

Sebab itu umat Islam disarankan agar jadi kaya agar lebih mudah menjalankan ibadah, tidak mengeluh dan merempat serta boleh membantu orang lain.

Berniaga tanpa modal

Ramai orang kata senyum itu satu sadaqah. Senyum dapat pahala tapi tidak perlu kita nak keluarkan duit untuk senyum.

Beri laluan pada orang lain. Naik kereta, nampak ada kereta nak keluar kat simpang depan kita pun berhenti beri laluan. Tak perlu keluar modal. Ada duri atau paku kat tengah jalan kita berhenti dan buang halangan ke tepi jalan memudahkan orang lain juga satu sadaqah. Dapat pahala. Pahala itulah keuntungan untuk bekalan akhirat. Nampak kecil. Tapi cuba bayangkan berapa ramai yang guna laluan tersebut dan semua urusan orang itu pada hari itu jadi mudah kerana tidak terganggu akibat duri atau paku yang kita telah alihkan.

Cakap pasal pelaburan tanpa modal, ajarkan atau sebarkan satu ayat yang orang lain boleh amalkan sepanjang hayatnya. Nah…pahala yang kita dapat ialah berterusan sehinggalah orang itu mati. Inilah dividen dari sahan yang kita tanam. Tanpa modal.

Cerita pasal modal pula…mudah sahaja. Fikir pasal sedekah wang, zakat atau pergi menunaikan umrah atau haji. Tentu banyak belanja nak pergi haji sebab itu ianya wajib bagi yang berkemampuan sahaja. Lebih baik kaya dari miskin sebab bila kaya ia lebih banyak memberi kemudahan untuk kita melakukan ibadah yang dituntut.

Malangnya, jika dah berkemampuan tidak pula menunaikan amanah yang Allah swt telah beri jangan sampai ditarik kembali nikmatNya.

Ibarat paling mudah, dah berniaga untung banyak tapi tak tunai zakat. Lambat laun, perniagaan akan jatuh sebab penyelahgunaan wang tidak ke jalan Allah swt.

Bayarlah zakat dan sedekah lainnya…berniagalah dengan Allah swt maka Allah swt akan kurniakan lebih banyak keuntungan melalui kita kerana sebahagiannya perlu disalurkan kembali ke jalan Allah swt untuk kemakmuran Islam dan umatNya.

Amin.

TIPS PENTING: Apa juga yang kita buat niat dulu kerana Allah swt. Lain-lain tu no. 2. In shaa Allah hidup kita tidak sia-sia.

Niaga Modal Kecil Untung Besar
Niaga Modal Kecil Untung Besar

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com