Bantulah saudara yang rindu nak peluk Islam dengan santun dan berhikmah

Lewat petang itu, kami merancang untuk bertemu. Kebetulan pula hari ini, aku ke kursus berhampiran tempat kerjanya. Seingat aku, ini kali kedua kami bertemu. Sebelum ini, temanku yang lain ada bertemu dia kerana jarak rumah kami yang agak jauh. . Seusai kursus, aku terus mengambilnya di rumah sewa. Di dalam kereta, dia membuka bicara.

Bertanya, aku ingin membawanya kemana.
.
“Masjid”. Ringkas jawapanku.
.
“Alar, seganlah saya macam ni.. dah lar tak pakai tudung lagi ni ” ungkapan kegusaran dari dia.
.
“Jangan risau. Semuanya ok. InsyaAllah. Kita pergi makan dululah ya”
.
Aku membuat keputusan untuk membawanya makan terlebih dahulu bagi menghuraikan kegusaran di hatinya. Kami berbual-bual mengenai aktiviti seharian yang dilakukan dari urusan kerjaya, keluarga dan kehidupan.
.
“Lepas makan ni kita ke masjid ya, dah nak masuk waktu maghrib ni. Jangan risau” kataku ringkas sambil menghadiahkan sebuah senyuman bagi memberikan keyakinan buat dia.

Baca lanjut di: Hidayah Centre Foundation

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *