Bagaimana perolehi income affiliate dengan blog atau secara mudahnya buat duit dengan blog?

Survey yang saya pernah buat di fanpage menunjukkan ramai yang minat affiliate tapi belum pernah merasa atau melihat sendiri bagaimana wang ini masuk ke dalam akaun mereka. Perasaan frust, tak percaya timbul dalam fikiran kerana promosi dah dibuat, link dah di klik tapi mengapa tiada hasil? Adakah penganjur program affiliate ni menipu?

Bukan begitu sebenarnya. Klik yang diihat itu sebenarnya memang ada klik tapi setakat itu sahaja. Ianya ibarat window shopping tapi tak close sale disitu. Yang menjadi tambahnya kecewa affiliate ni ialah mereka kepenatan dan sesak nafas sebab letih dah buat promo link ni dah merata kadang dah sampai tahap spam tapi lihat kembali akaun affiliate masih ‘telur ayam’ juga.

Sebenarnya ada cara bagi affiliate untuk mengatasi masalah yang saya disebutkan di atas.

Caranya ialah dengan BLOG. Mengapa?

Biar saya senaraikan sebabnya:

1. Blog apabila anda update akan menarik trafik secara organik, semulajadi dan automatik. Kadang anda dah ada produk affiliate nak promo tapi tidak tahu nak promo pada siapa tapi dengan blog anda tak risau itu semua.

2. Blog anda boleh buat post sebanyak mana semuanya dalam kawalan anda. Setiap post ini anda boleh design cara promosi satu produk yang sama dan lihat mana yang lebih tarik trafik. Ini dipanggil split testing. Tidak semua orang suka baca semua jenis artikel yang anda promosikan.

3. Jualan akan berlaku jika pengunjung teruja dengan promo artikel yang anda tulis tambahan produk yang anda promo ada salesletter yang power.

Banyak lagi kelebihan blog ni yang penting anda harus berani register dahulu untuk mempunyai blog sendiri.

Anda boleh baca testimoni blogger di bawah ni yang mana beliau memang dah berjaya. Jadi jika anda nak berjaya tiru sahaja orang yang dah berjaya. Jangan pusing-pusing lagi dah. Nanti anda pening.

Salam kejayaan.

2 comments / Add your comment below

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *