Bagaimana nak update status fb apabila nak promosi produk di facebook?

Soalan ni memang akan relevan sampai bila-bila pun.

Dan ianya memang akan sentiasa ditanya kerana pasaran itu sendiri sentiasa berevolusi dan berubah mengikut zaman.

Tambahan lagi fesbuk ialah tempat bersosial jadi pendekatan yang digunakan untuk promosi biasanya amat berseni dan tidak nampak menjual tetapi lebih kepada memperkenalkan.

Apabila menyentuh berkenaan teknik pemasaran orang akan sentiasa ingin mengetahui apakah teknik yang terbaik menghasilkan jualan yang paling banyak?

Sebenarnya tidak ada.

Setiap orang sebenarnya perlu mencuba satu demi satu teknik pemasaran yang sesuai dengan jiwa sendiri dan pada masa yang sama mampu hasilkan jualan.

Tidak ada istilah copy paste untuk berjaya dalam jangka masa panjang.

Jangka masa pendek mungkin ya copy paste boleh membantu.

Cuba bayangkan setiap hari kita buat promosi secara copy paste bermaksud cara kita promosi itu sama sahaja dan lama kelamaan orang sudah tidak tertarik lagi.

Oleh itu sebenarnya copy paste penting untuk kita kickstart melonjakkan aktiviti awal promosi kita dan lama kelamaan setelah kita rasa selesa masa itu bolehlah mulakan pula dengan sentuhan promosi sendiri yang unik supaya setiap hari ada kelainan dalam nada promosi kita,

Ini akan menjadikan orang tertarik dan follow kita secara otomatik.

Promosi bukan sahaja setakat pasal produk dan barang yang kita jual. Hari-hari update status produk mau bosan juga para pembaca newsfeed.

Promosi juga ada kaitan dengan diri kita sendiri sebagai penjual. Adakah dengan membaca newsfeed anda orang lain akan meletakkan kepercayaan 100% kepada anda?

Atau bila orang lain tengok newsfeed kita, esoknya kita kena block dah sebab nampak ekstrem menjadikan orang takut nak percaya.

Jadi, apa gaya penulisan sensual untuk update status fb apabila nak jual barang di facebook?

Jadilah orang yang waras.

Jadilan orang yang mudah dipercayaijujur, ikhlas, prihatin, tambah nilai pada hidup orang lain, bukan setakat suka cerita malah boleh mendengar pendapat orang lain juga.

Secara mudahnya binalah kredibiliti melalui gaya penulisan anda setiap masa dan waktu agar orang percaya dengan kita dan jangan pula khianati kepercayaan tersebut dengan mengambil kesempatan pula.

Ini adalah cara terbaik bagi sesiapa yang cuba untuk menjual barang di fb.

Klik sini —> Bina kepercayaan pelanggan terhadap diri anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *