Bagaimana nak import barang murah dari China dengan cara yang mudah?

Import Barang Dari China

Bagi anda yang betul betul newbie dan masih ada rasa takut nak import barang dari luar khasnya China tahu ke bahwa sudah beribu ribu orang import barang China dan mendapat keuntungan.

Adakah anda masih mahu tunggu dan lihat je?

Sudah tentu tidak kan!

Dulu apabila cakap pasal nak import kita mesti bayangkan nak kena ada passport untuk ke oversea, nak kena tempah flight, kena pulak fikir nak tempah hotel kat sana, belum lagi nak pilih kilang mana nak tengok.

Itupun baru survey ke, belum pun confirm lagi!

Pastinya memanglah menakutkan pasal banyak yang tak pasti lagi. Apatah lagi apabila anda sendiri belum pernah ke luar negara dan tidak biasa dan belum terdedah dengan pelbagai prosedur dan protokol. Perkara sebegini sedikit sebanyak akan membantutkan hasrat anda nak import barang dari China.

Sebenarnya tidak perlu lagi rasa takut untuk bawa masuk barang China atau dari negara lain kerana urusan sebegini telah dipermudahkan dengan adanya sistem tempahan online.

Sama macam kita order barang online dalam Malaysia, begitu juga dengan cara yang sama kita boleh order barang dari China.

Jadi anda tidak lagi perlu risau sekiranya anda ditipu atau sebagainya. Ini adalah kerana mana-mana peniaga yang menipu sewenangnya akan di banned dari meniaga apabila dilaporkan oleh pembeli yang tertipu.

Nak bagi anda satu inspirasi, saya nak ceritakan satu kisah tentang isteri saya sendiri.

Dia hanya cuba try and error sahaja. Kami ada baby umur satu tahun jadi kegemaran isteri saya ialah membeli barang baby untuk breastfeeding.

Kami sudah puas membeli barang di kedai-kedai biasa dan akhirnya jumpa satu produk yang sangat bagus. Harganya dalam RM400.

Satu hari wife saya surf online saje saje je dan dia jumpa produk yang sama dijual secara online dengan harga RM200 sahaja.

Lepas dia semak-semak rupanya website itu import barang direct dari Korea dan terus hantar ke pembeli.

Barang ini sama sahaja kecuali plugnya memang original Korea dan warranty pun asal Korea.

Perkara ini tak de masalah sebab pertama plug Korea boleh dipakai di Malaysia, power yang diguna di Korea pun sama dengan Malaysia dan kedua, pusat servis brand produk ini memang ada di Malaysia.

Mungkin anda perlu membuat beberapa penyelidikan dulu untuk meyakinkan diri anda bahawa beberapa produk luar jika dibawa ke Malaysia ianya tidak akan ada masalah untuk digunakan dalam negara seperti barang dari Korea dan China sepatutnya tiada masalah.

Cuba bayangkan berapa untung kita boleh dapat apabila beli barang dari website borong?

Lagi satu buat perhatian semua, anda tidak semestinya beli borong dalam kuantiti banyak untuk dapat harga rendah. Beli 1 unit pun dah boleh dapat murah!

Sebenarnya website tersebutlah yang beli stok borong sebab tu dia boleh jual harga murah.

Itulah kisahnya wife saya tak sengaja jumpa website harga borong. Macammana jika saya beritahu anda pula mana nak shopping samada untuk kegunaan sendiri atau boleh jual semula!

Nak tahu ke kat mana lagi nak boleh beli barang borong China harga rendah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *