Bagaimana nak hasilkan ayat menjual yang meyakinkan pembeli?

Saya baru sahaja menonton video Julian Treasure – How to Speak with Power and Charisma.

Video ini bukanlah tentang menjual atau berbisnes tapi ianya masih relevan.

Mesej yang disampaikan ialah bagaimana maksud yang hendak disampaikan oleh seseorang itu diterima atau diserap oleh target audien dengan jelas dan baik.

Hanya apabila audien atau pelanggan beri perhatian kepada apa yang kita cuba sampaikan maka mesej itu mula meresap masuk ke dalam otak.

Tanpa penyampaian yang berkesan, pelanggan cuma melihat-lihat dan tidak terkesan dengan mesej yang kita cuba nak sampaikan.

Akhirnya tiada tindakan.

Julian menyebutkan 4 faktor bagi memberi keberkesanan dalam komunikasi:

1.honesty-from the heart atau kejujuran

Yang terbaik adalah bersikap jujur. Sebenarnya lebih mudah bersikap jujur. Kita akan jadi letih apabila nak cuba cover penipuan. Oleh itu ceritakan yang elok-elok asalkan tidak mereka cerita yang tidak benar.

2.authenticity-be yourself atau keaslian/menjadi diri sendiri/tidak berlakon atau dibuat-buat

Setiap orang adalah unik. Menjadi diri sendiri adalah yang terbaik. Cuba nak tiru atau copy cara orang lain pun lama-lama orang akan perasan. Kekalkan identiti sendiri dengan cara kita sendiri. Pasti suatu hari anda akan dikenali.

3.integrity-buktikan apa yang dikata dan bukan kata-kata kosong

Ibaratnya perlu ada testimoni dari pelanggan yang menunjukkan produk anda berkesan atau teknik anda telah dibuktikan dan bukan sekadar sebutan dimulut sekadar yang ada boleh tapi tidak dapat semelaikan masalah.

4.love-wish other well atau

Akhir kata ucapkan yang baik-baik kepada yang sudi membaca surat jualan anda. Hargai semua orang.

Moga tips yang diberikan di atas mudah untuk dihadam.

Ringkas dan padat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*