Bagaimana nak buat iklan fb ads dengan mudah

 bagaimana nak buat iklan tanpa fb ads

Bagaimana nak buat iklan fb ads? Rasanya Facebook dah open untuk iklan untuk ‘promote post page’ bagi akaun profail juga. Dahulu hanya Facebook page sahaja dibenarkan untuk buat iklan ini namun sekarang kedua-dua jenis dah boleh buat iklan. Cuma yang bezanya adalah harga untuk buat iklan. Iklan ‘promote post page’ di page lebih murah dan anda boleh bermula dari serendah USD5.

Cara nak iklan mudah sahaja. Anda lihat dibawah setiap post sudah ada tanda segitiga kecil dimana tertulis bersebelahannya perkataan ‘Promote’. Bila di klik segitiga tersebut akan scroll down pilihan untuk mula beriklan dengan USD5, 10, 15 dan sebagainya. Semudah ABC.

Kelebihan iklan jenis ini ialah anda akan dapat lebih banyak like kerana ‘reach’ lebih sampai kepada pengunjung. Ini adalah kerana post yang tersebut akan sentiasa muncul di atas dalam penglihatan orang yang telah like dan kawan-kawan orang yang telah like Facebook page anda. Jika anda inginkan lebih publisiti, post ini anda perlu design untuk menyatakan diskaun, pertandingan, giveaway, free gift dan sebagainya terpulang kepada kreativiti anda. Tapi percayalah, dengan iklan ini sahaja anda akan dapat banyak like – maksudnya like akan bertambah dengan lebih cepat dari kadar biasa. Namun kosnya lebih murah dari fb ads.

Untuk mendapat lebih impak, update status page anda sekerap mungkin dalam masa iklan ini berjalan dan anda akan lihat kesan berganda. Lebih ramai pengunjung akan nampak page anda dan bertanyakan tentang produk. Bagi menjalankan iklan ini syaratnya anda perlu guna paypal untuk pembayaran. Adakah anda sudah ada akaun paypal?

UPDATE TERBARU!

Promote page sudah tiada lagi dan telah di upgrade oleh Facebook kepada Boost Post. Harap maklum.

Klik sini —> Cara boost post iklan produk di fb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *