Bagaimana menulis ayat berkesan untuk iklankan produk?

Ada satu strategi.

Memang telah terbukti berkesan sangat.

Bagaimana nak tulis ayat berkesan untuk iklankan produk anda?

Caranya ialah …. dengan kenal pelanggan anda terlebih dahulu.

Mudah saja.

Anggap anda nak pergi bercuti.

Anda tak boleh kata setakat “saya nak bercuti” tetapi untuk mencapai hajat itu anda perlukan banyak info dan penyelidikan.

Anda nak cuti?

Nak cuti ke mana?

Nak cuti bila?

Nak pergi cuti naik apa?

Nak cuti bajetnya berapa?

Jadi maksudnya anda perlu lebih fokus dan target dengan narrow down secara spesifik.

Lebih spesifik lebih bagus.

Begitu juga nak menjual. Tidak cukup hanya kata, “saya nak jual produk X”.

Nak jual pada siapa?

Produk X sesuai untuk siapa?

Apa faedah produk x ni?

Faedah produk x ni sesuai untuk pelanggan yang bagaimana?

Berapa harganya?

Apa kandungan produk x yang membuatkan dia spesel?

Lebih detail akan menarik pelanggan yang lebih spesifik.

Kita tak boleh jual semua produk kepada semua orang.

Kenali pelanggan anda dulu.

Baru boleh tulis ayat iklan produk yang berkesan.

Klik sini ketahui cara promosi dengan ayat yang betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *