Bagaimana dapatkan repeat customer dengan softselling pelanggan sedia ada


Dalam perniagaan, sama ada perniagaan offline ataupun online, formula yang jarang didedahkan adalah memaksimakan keuntungan melalui pelanggan sedia ada.

Menjual kepada mereka adalah lebih mudah berbanding mendapatkan pelanggan baru. Selain mempromosikan produk kepada pelanggan baru, kita juga perlu terus berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan sedia ada.

Persoalannya, bagaimana?

Sebelum itu, anda perlu menjual produk yang sesuai. Untuk memastikan pelanggan sedia ada membuat pembelian lagi dan lagi, serta berterusan dengan konsisten, produk yang dijual harus sesuai.

Anda perlu menjual produk yang “pakai habis buang”. Setelah pembeli habis menggunakan produk itu, mereka perlu beli lagi. Contoh produk sebegini adalah seperti makanan dan produk kesihatan. Anda juga boleh menjual banyak produk sama jenis (kategori).

Contohnya, selain anda menjual karipap segera di Facebook, anda juga menjual serunding daging, dodol dan sebagainya. Semua produk itu adalah dalam kategori yang sama iaitu makanan.

Contoh lain pula adalah seperti menjual pelbagai jenis tudung. Terdapat pelbagai jenama, warna dan jenis kain. Sudah pasti pelanggan yang membeli tudung jenis A, pada satu hari nanti mereka akan membeli tudung jenis B pula.

Bagi memantapkan komunikasi, cara perbualan, tulisan dan jawapan harus lebih ‘mesra’. Elakkan bahasa yang mengarah-arah dan meletak mereka sebagai pelanggan semata-mata. Anggap mereka sebagai ‘kenalan’.

Bina satu komunikasi yang harmoni bersama mereka tanpa terlalu kerap
menjual dan membuat promosi. Apabila ingin membuat promosi tulis ia dalam bentuk “soft” seperti:…

‘Ada stok produk A baru masuk.PM saya kalau mahu tempah ya. 😉 ‘.

Elakkan promosi yang “hard” seperti ‘beli sekarang’ atau ayat-ayat yang ‘menakut-nakutkan’ mereka.

Pelanggan sedia ada adalah aset paling penting bagi kita. Mereka perlu dilayan dan dijaga dengan baik agar selain mereka terus membeli daripada kita.

Mereka juga mungkin akan mencadangkan produk yang kita jual kepada rakan-rakan mereka yang lain. Ini berlaku setelah mereka berpuas hati dengan layanan dan komunikasi baik yang kita berikan kepada mereka.

Kini… mendapatkan pelanggan yang berulang bukan lagi mustahil jika
kita amalkan tips ini.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com