Bagaimana cara nak buat blog sendiri tanpa mengupah orang lain


Sudah tentu ramai yang teringin untuk memiliki blog sendiri tetapi masih takut dengan hal-hal teknikal. Inilah yang menjadi halangan sebenarnya. Adakah anda tahu bahawa cara membina blog kini telah menjadi satu rutin dan ada SOP atau prosedur yang standard untuk anda membina blog. Dengan kata lain ia tidaklah sesukar mana. Dan anda juga tidak perlu fikir berkenaan maintenance kerana anda menyewa domain dan hosting.

Maka pihak syarikat penyedia hosting yang akan menjaga hal ehwal selenggara. Anda tidak perlu risau. Anda tidak perlu tahu semua perkara. Tugas anda set up blog (itupun otomatik je) dan kemudian update selalu. Jika nak beri tampak cantik bolehlah pilih theme yang anda suka namun blog ini yang sangat penting adalah kandungannya. Ini adalah kerana kandungan blog andalah yang akan tentukan samada ianya akan menarik ramai orang nak membaca kerana terdapat info yang penting di situ.

Apabila anda membina blog tujuan yang paling utama yang perlu di fikirkan ialah menulis kandungan yang berguna. Jika and menulis dengan bahasa yang menarik dan kandungan yang berisi lagi berguna dan boleh di contohi pasti ramai orang suka dengan blog anda. Secara automatik blog anda menjadi tumpuan dan anda tak perlu tarik atau paksa orang lain datang ke blog. Bila dah ramai orang datang step seterusnya anda boleh cuba daftar dengan program reseller atau affiliate dan lain-lain supaya anda boleh cuba meletakkan iklan di blog anda.

Menarik kan. Jadi, bagaimana nak bina blog sendiri? Sudah tentu ia sebenarnya semua dah tersedia. Apabila anda mula sewa hosting, step-step seterusnya akan di tunjukkan secara otomatik apabila anda mula membuat pembayaran termasuklah pemasangan wordpress. Untuk pengetahuan, proses ini semuanya akan dijalan oleh satu software khas dan oleh itu, tugas anda hanyalah klik …klik …klik sahaja. Tak percaya? Anda boleh mula membina blog dengan sewa hosting murah malaysia. Untuk pakej tertentu, domain di beri percuma tak payah bayar!

Namun jika anda masih belum yakin bolehlah rujuk panduan bina blog anda sendiri dan fikirkan di mana ruang-ruang anda jangan bazirkan malah boleh menjana pendapatan tambahan darinya pula.

Yakinlah pada diri anda. Berilah peluang pada diri anda. Blog ini pun saya buat sendiri je. Jika saya boleh tentu anda pun boleh buat blog sendiri tak perlu upah orang lain pun. Yang penting ikut arahan langkah demi langkah. In shaa Allah, anda pasti BOLEH!

Klik sini —> Bina blog sendiri je (Tak payah upah pun)

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Sadaqah tanda syukur

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com