Bagaimana cara memulakan bisnes online

Maaf ye. Straight to the point.

Nak mula bisnes online tak jalan kalau main belasah je.

Dia kena ada funnel bisnes untuk hasil (duit masuk).

Ibarat macam flow yang tersusun dan sistematik bermula dari supplier, jenis produk nak jual, tarik pelanggan yang spesifik, offer yang kena pada tempatnya, cara bayaran yang sesuai etc.

Silap salah satu item tak betul, flow ini akan terputus dan funnel bisnes tak akan menjadi.

First step yang anda perlu buat untuk mulakan bisnes online ialah Selecting the product and choosing a niche (Self-Expertise, Product Demand & Interest). Dalam bahasa melayu ialah pilih produk yang sesuai ikut niche atau kategori. Jangan jual semua produk. Fokus dan pilih niche. Amende niche ni? Contoh fokus produk kesihatan. Produk kesihatan ada banyak kan, so mula jual produk bawah kategori produk kesihatan sahaja. Tak elok tamak, semua benda pun nak jual. Sebenarnya boleh je tapi anda sukar nak berjaya sebab caca marba. Anda akan lebih sukses jika fokus satu niche produk, percayalah!

Step kedua ialah Product VALIDATION (Tools & Survey) atau semak samada produk tersebut memang laku di pasaran, takut takde orang nak pun. Sebenarnya step ni nak elak anda dari syok sendiri. Kita fikir produk tu bagus mesti ramai orang nak tapi mungkin sebenarnya tidak. Jadi kita kena test market dulu. Oh ya, validation ni kira macam test market la ok.

Step seterusnya perlu tahu 6 STRATEGI Buat Duit Dengan ON9 Tanpa MODAL atau dengan kata lain perlu tahu cara pemasaran atau cara promosi produk. Kalau kita ada produk bagus pun tapi tak tahu nak jual produk tu tak kemana juga. Yang penting tanpa modal ni bagi yang baru mula kan mesti nak jimat kos.

The FASTEST and EASIEST platform to start selling your product – kita kena tahu nak jual produk kat mana. Apa lubuk-lubuk online yang mudah nak jual kat mana orang banyak membeli. Produk kecantikan nak jual kat mana, produk kesihatan sesuai jual kat mana pulak. Ini memang kena mahir. Jangan biarkan diri kita terkontang kanting blurrr tak tau nak jual kat mana. Ada tempat respon banyak ada tempat respon lambat nanti berjanggut nak habiskan stok. So, kena tahu ini.

The SECRET of Profile FB vs FB Page – orang kata Facebook lubuk bisnes online. Orang cakap. Tapi jangan percaya bulat-bulat. Study dulu dan cari maklumat agar bisnes kita kelak tidak stuck.

The POWER of branding – branding ini saya kira jika tak mampu nak buat relaks dulu. Folo pelan-pelan.

RESTRUCTURING your page like an EXPERT – ni lagi satu macam tahap advance sikit tapi boleh pelan-pelan folo.

MOST PROVEN FB Ads Techniques – ni lagi jika belum ready jangan buat dulu. Guna cara percuma sahaja dulu untuk pasarkan produk. Fokus step-step awal kat atas macam step 1 sampai step 5 je dulu itu yang penting. Step lain tu macam nak upgrade je.

Jadi nampak kan langkah-langkah nak mula bisnes online. Boleh sahaja google info bagaimana nak mula bisnes online untuk dapatkan penerangan lebih jelas dan tersusun.

2 thoughts on “Bagaimana cara memulakan bisnes online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *