Bagaimana buat promosi untuk nak bina jenama perniagaan sendiri di Facebook?

Sebenarnya posting ini berkenaan perkongsian seorang kawan saya menceritakan bagaimana beliau mempromosikan servis perniagaan di facebook, seperti produk kewangan, unit trust dan juga takaful atau mungkin juga anda seorang trainer sesuatu bidang kepakaran.

Saya telah pun meminta kebenaran untuk share tips ini dengan para pembaca sekalian jadi mohon ambil teliti ya.

Pertama yang utama adalah foto profail fb anda, sila berbangga dengan wajah anda yang sememangnya satu kurniaan Ilahi yang amat tidak ternilai. Anda mungkin suka bayi atau kucing, tapi untuk bina brand di facebook, bila anda syok sendiri, maka anda akan kekal syok sendiri selamanya. Soalnya, kucing atau bayi yang mahu bina brand atau anda sendiri?

Kedua, jangan menjual di facebook, sekali sekala tu boleh la… kalau setiap posting asyik memberi promosi keras, orang lain pun bosan tak nak like posting anda. Bila tak ada like, robot fb tidak mengenalpasti ada ‘perhubungan’ antara anda dan rakan2 fb di alam maya, maka posting anda tidak akan dapat dilihat oleh rakan-rakan fb, apatah lagi rakan fb anda mempunyai ramai followers, competition untuk keluar update status anda agak ‘slim’.

Ketiga, anda boleh mempromosikan secara lembah lembut, memberi perkongsian tentang apa perniagaan yang anda jalankan, dalam nada bukan syok sendiri, fikirkan apa yang anda suka apabila orang lain post dan memahami apa yang suka dibaca, like, share dan dikomen oleh rakan-rakan amat penting dalam konteks bina brand di fb.

Keempat, bila orang komen, tolong ‘like’ atau sebaiknya reply kepada komen mereka secara positif, lembutkan jari jemari anda untuk menyukai komen mereka. Bukan susah pun kan? Sebaiknya, sebut nama mereka untuk lebih beramah mesra. Apabila anda reply pada komen-komen, status update posting akan up kembali ke atas among friends, sebab tu anda boleh lihat ada posting rakan-rakan yang dapat likes bukan ratusan, sehingga ribuan tanpa menggunakan fanpage atau fb ads.

Kelima, elakkan bergaduh di facebook, atau menulis status yang bermotifkan politik yang melampau, seolah-olah kawan anda semua sehaluan dengan anda. sekiranya anda seorang yang tidak menggunakan fb sebagai social branding, tak kisah lah namun sekiranya anda seorang yang pentingkan penggunaan facebook untuk soft marketing, jadilah seorang yang neutral.

Keenam, pastikan berapa ramai kawan fb anda? Anda mungkin buat posting yang lazat utk dibaca, tapi kawan-kawan facebook tak sampai seribu pun, akibatnya capaian pemasaran anda tidak meluas la kan? Kalau nak add friends beramai-ramai dalam masa sehari, elakkan guna desktop, sebaliknya gunakan fb mobile apps, telah terbukti dgn fb mobile apps, anda boleh add ratusan friends sehari tanpa diblock oleh fb.

Ok, cukup la dulu perkongsian, nanti bila ada idea lain, saya akan tulis lagi ya. Sekiranya anda rasakan perkongsian ini bermanfaat, boleh la klik button ‘like’ dan ‘share’.

Selamat beramal.

Perkongsian dari pengalaman rakan saya, Ahmad Humaizi, 19 Okt 2015.

Anda pula bagaimana nak promosi?

Boleh je nak mula bina brand dengan cara position diri anda secara online di Facebook agar orang kenal anda dengan bisnes anda.

Klik sini ketahui formula ayat promosi yang POWER untuk jadi popular!

2 thoughts on “Bagaimana buat promosi untuk nak bina jenama perniagaan sendiri di Facebook?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *