Bagaimana blog mampu buat duit sampingan tambah pendapatan anda

Pendapatan tambahan bukanlah kerana kita suka-suka nak tambah duit nak enjoy. Saya dapat rasakan anda yang baca artikel ini berhempas pulas mencari duit untuk menyara keluarga. Pastinya apabila anda nak cari pendapatan tambahan sudah pasti ada sebabnya. Jadi saya rasa sangat perlunya saya share pengalaman untuk bantu pembaca sekalian. Perkongsian artikel yang saya tulis ini khas ditujukan kepada anda yang:

  1. tidak percaya bahawa blog boleh menghasilkan pendapatan tambahan.
  2. antara lain target artikel ini adalah kepada blogger yang masih belum berjaya hasilkan walau RM1/USD1 dari blog anda
  3. mungkin masih ada antara anda yang ada blog tapi terbiar kerana dah putus asa dan tak nampak apa jalan seterusnya
  4. anda yang tak dapat tampung belanja hosting dan domain kerana blog belum menjana hasil
  5. anda yang ingin maintain blog secara percuma yang mana hasil dari blog bayarkan belanja maintenance blog
  6. newbie yang asyik usha nak buat blog tapi takut-takut kerana khuatir terperangkap dengan belanja yang banyak

ADA TRAFIK ADA DUIT

Seperti yang semua tau, blog ini jika nak menjana hasil mestilah ada trafik. Kerana trafik tunjukkan blog anda ada pembaca dan pembaca ini yang akan memberikan hasil kepada anda. Dan semua orang tahu untuk jana trafik blog secara asasnya ialah dengan menulis artikel. Ada cara lain sebenarnya tetapi jika anda seorang yang simple dan pasif dan tak mahu keluar belanja lebih dan nak jimat dan praktikal, artikel ialah cara yang paling praktikal, mudah, percuma, pasif, simple. Takkanlah nak keluar belanja untuk jana trafik belum tentu akan balik modal kecuali jika anda orang yang termasuk dalam level advance. Jika biasa-biasa je tulis artikel banyak-banyak pun dah cukup power tu. Percayalah. Jika blog anda tiada trafik tidak mustahil untuk hasilkan trafik. Jangan kata mustahil kerana apa yang perlu anda buat ialah tulis artikel. Tak perlu terlalu ilmiah. Tak perlu formal. Apa yang perlu dibuat ialah taip apa saja perkataan. Mudah kan. Dengan kata lain anda boleh membebel dalam artikel anda. Lebih banyak perkataan lebih mudah Google nak kejar anda. Itu saja!

Saya akan kongsikan rahsianya dengan anda disini nanti.

SUMBER DUIT




Saya menulis berdasarkan pengalaman yang saya dapat hasil dari mengendalikan blog ini sendiri, http://affiliatesecretfornewbie.com/. Antara sumber duit yang mudah dan tak banyak kerenah anda nak maintain ialah dengan cari sumber duit yang pasif. Dan sekiranya anda nak lebih hasilkan duit bolehlah tambah dengan program yang bukan pasif. Pilihan terpulang kepada anda. Program yang saya cadang untuk anda setari ialah:

  1. adsense
  2. mobicow
  3. affiliate

Saya akan kongsikan satu demi satu camner nak hasilkan duit dengan program diatas beserta bukti sekali.

ADSENSE

Adsense ialah program pengiklanan yang dianjurkan oleh Google. Anda perlu mendatar untuk join program ini dimana Google akan menilai samada anda layak atau tidak untuk mendapatkan akaun. Cara mempromosikan adsense ini ialah dengan meletakkan kod pengiklanan adsense ke dalam blog anda. Setiap kali ada orang klik maka anda akan mendapat hasil. Walaupun nampak mudah namun ia tak seindah yang disangka. Ramai orang yang kecewa kerana apabila join mereka dapati tidak ada orang klik iklan adsense yang mereka promosikan. Antara sebab utama ialah blog mereka sendiri tiada trafik. Jika tiada trafik, tak adalah orang yang melawat blog oleh itu tak ada peluang untuk iklan itu di klik. Kedua mungkin kerana iklan diletakkan di kawasan blog yang kurang sesuai dan design yang dipilih juga tidak sesuai. Saya pun pernah alami kejadian begini. Secara mudahnya ialah kita boleh mencuba pelbagai desigin dan posisi iklan yang berlainan dan lihat hasilnya. Kaedahnya ialah sabar dan setiap cubaan perlulah di uji dalam masa yang agak lama supaya kita pasti patternnya konsisten. Jika anda lihat posisi iklan adsense dalam blog ini, ianya adalah posisi yang paling banyak memberi klik setakat ini. Sebelum ini saya letakkan iklan dengan cara yang berlainan. Blog saya dan blog anda tak mungkin akan hasilkan keputusan yang sama. Jadi setiap orang perlu cuba dimana posisi yang paling sesuai.

MOBICOW

Mobicow ialah pengiklanan untuk mobile handphone. Iklan adalah dalam bentuk pop up dan akan muncul apabila blog anda dibuka melalui handphone sahaja dan tidak melalui desktop pc. Anda perlu mendaftar dulu untuk mendapatkan akaun mobicow. Syarat wajibnya ialah anda mesti ada blog. Kemudian kod iklan mobicow akan di tanam ke dalam blog anda. Setiapkali pembaca browse secara otomatik iklan ini muncul jika anda menggunakan smartphone.

Jadi sebenarnya buat duit dengan blog bukanlah sesuatu yang mustahil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *