Bagaimana anda boleh jalankan bisnes tanpa perlu berada di kedai sepanjang masa?

Anda berasa sebagai penjual pergi ke kedai sama je tak beza pun macam pergi pejabat?

Anda ingat nak bisnes tapi sampai hari ni nak mula apa-apa pun?

Berasa masa bersama anak dan keluarga lebih penting tapi masih fikir nak buat bisnes?

Kalau nak mula bisnes pun lambat, bagaimana pula nak maintain nanti?

Semua persoalan di atas ada satu jawapan yang boleh memuaskan hati anda.

Saya masih ingat masa mula-mula kununnya nak jual barang dulu macam-macam perancangan ada dalam kepala.

Planning memang cantik tapi bila kita nak mula pastinya banyak alasan akan keluar sebab nak justify mengapa kita tak mula terus menjual.

Just do it!

Itu prinsip utama jika kita ada keinginan yang kuat nak buat sesuatu.

Jika kita tidak buat, itulah tandanya min alif ya sin lah jawapannya walhal maklumat sangat banyak di keliling kita.

Cuma nak buat tak buat sahaja.

Oleh sebab itulah saya nampak hanya satu sahaja cara yang sesuai bagi saya nak bisnes iaitu dengan bisnes online.

Tapi …..

Bisnes online pun tak semudah itu.

Kita ada banyak pilihan dan kita perlu lihat kemampuan kita nak buat yang mana.

Jadi sebelum mula banyak yang nak kena kita lalui dan merasai sebelum kita tahu kita nak yang mana dan kita sesuai dengan jenis bisnes yang mana.

Cuma satu yang saya pasti biarlah cara promosi bisnes kita itu nanti secara online dan berjalan automatik.

Kenapa saya kata begini? Sebabnya supaya:

– kita boleh mula promosi online

– tarik pelanggan datang ke kedai online kita secara organik (semulajadi)

– kita boleh follow up online

– pelanggan membeli secara online

– kita pantau bisnes secara online (guna mobile phone pun boleh)

– maksudnya semuanya dihujung jari

– tidak ambil banyak masa

– dengan hanya beberapa sentuhan dan klik kita boleh pastikan bisnes terus berjalan

Satu jawapan yang saya beritahu di atas seperti yang saya maksudkan ialah dengan hasilkan satu blog bisnes.

Ia bukan sekadar blog. Ia adalah:

– di luarnya adalah perkongsian tips

– kedai dibelakang tabir

– follow up di belakang tabir

– promosi berulang di belakang tabir

– jualan di belakang tabir

Saya tahu ramai yang suka guna facebook tetapi bagi saya blog adalah lebih istimewa.

4 thoughts on “Bagaimana anda boleh jalankan bisnes tanpa perlu berada di kedai sepanjang masa?”

  1. usaha promosi mengikut citarasa masing-masing sebab lain orang lain minatnya. cuma setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. yang penting kita eksploitasi kelebihan sesuatu platform sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *