Badan terasa berat makanlah bawang putih bakar

Perasan tak kadangkala ada hari-hari tertentu yang kita rasa badan berat dan lesu? Iaboleh jadi umur yang lanjut tapi hati masih rasa muda dan nak kerja kuat lagi tanpa memikirkan umur yang dah meningkat. Ramai yang tidak sedar. Apabila umur telah meningkat tetapi tidak membuat penambahbaikan dalam amalan harian untuk mengekalkan kesihatan badan.

Ibarat kereta yang dilanyak tanpa diservis mengikut jadual yang sepatutnya. Cuba bayangkan jika mesin, alat dan kenderaan pun memerlukan penyenggaraan dan additif untuk membantu mengekalkan prestasi apatah lagi manusia. Badan lesu boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor. Antaranya kurang rehat, kerja berterusan berpanjangan menjadikan badan tidak ada masa untuk membaiki sel-sel rosak dalam badan untuk digantikan dengan yang baru.

Bagi membantu badan mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel dalam badan kita boleh amalkan pemakanan sihat yang mengandungi antioksidan yang super serta banyak dan efektif serta merta. Antara yang disyorkan turun temurun ialah dengan memakan bawang putih. Bawang putih kita boleh perasan ianya banyak digunakan dalam masakan. Selain ia menyedapkan masakan sebenarnya fungsi utamanya ialah untuk perubatan. Orang tua-tua dulu dah fikir untuk masukkan pelbagai herba dalam masakan semuanya ini adalah untuk tujuan kesihatan.

Berbalik kepada bawang putih, ianya sangatlah berkhasiat dan sangat banyak manfaatnya. Antaranya ialah:




  • menguatkan sistem imun
  • menguatkan tulang
  • mengurangkan tekanan darah
  • menambah tenaga
  • mengawal tahap kolesterol
  • menurunkan tahap logam berat
  • menambah kecergasan badan

Masalahnya tak semua orang suka makan bawang putih sebab baunya yang busuk tapi pernahkan anda cuba bakar bawang putih dan cuba makan dengan nasi atau lauk? Rasanya agak berbeza. Pernah makan biji nangka rebus, kacang rebus atau yang sumpamanya. Rasanya adalah lemak-lemak dan lembut. Jika mahu extra sedap tambahkan minyak zaitun, sedikit garam dan lada hitam sewaktu bakar bawang putih. Silap-silap boleh makan ratah begitu sahaja.

Tips amalan bawang putih bakar ini ialah seeloknya makan 6 ulas bawang putih bakar setiap hari. Cara penyediaannya sangat mudah. Bakar atas api atau dalam oven selama 30 minit. Tahukah anda kesan makan bawang putih bakar ini sangat cepat. Makan hari ini esok dan terasa badan agak ringan dari semalam. Sangat sesuai bagi mereka yang terasa kepala pening dan berat, kerap mengantuk, sukar nak buat kerja kerana badan terasa lesu.

Tidak rugi cuba kerana ianya bukan suplemen tetapi semulajadi. Hanya dapatkan bawang putih di kedai runcit bawa balik, kemudian bakar 30 minit atas api. Akhirnya makan 6 ulas setiap hari bersama nasi. Mudah kan?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *