Ayat yang menarik pelanggan adalah datangnya dari hati yang ikhlas

Copywriting power itu datang dari Hati.

Kenapa saya kata macam tu? Individu itu mesti ada…

1) Niat.

Niat nak menjual tak betul. Memang tak jadi. Ini kena semak balik. Tidak mendahului marketing dengan teknik doa dan penyerahan diri pada Allah sepenuhnya.

2) Keberkatan.

Hasil akan berkat jika setiap inci perbuatan itu berkat. Bila berkat. Yang sikit pun kita rasa banyak. Ini ramai yang tak paham. Kita sendiri tak pernah try produk. Habis tu macam mana nak promot kat orang?

3) Patuh syariah

Iklan tak kena. Gambar tonjol aurat dan sebagainya.

4) Tepat sasaran.

Hala kepada orang yang betul. Dah pergi hala pada orang yang taknak. Memang dia tak beli.

5) Teknik Menulis Yang Betul.

Menulis ayat copywriting perlukan pakarnya. Kena pergi belajar dengan guru. Begitu juga belajar menulis. Mesti berguru. Kalau tak duk syok sendiri manjang kata ayat kita tu bagus tapi kenapa orang tak sangkut.

6) Tak perlu copywriting power pun.

Ada orang tak tulis apa pun dia dapat sale. Ada orang buat ayat gitu2 pun dapat pulak sale. Ada orang buat ayat kemain hebat tapi sale satu pun tak sangkut.

Ini maknanya. Dari 123456 semua kena semak berulang kali.

Banyak faktor kenapa jualan tak jadi.

kredit to Nora Yusof.

Sekadar perkongsian pengalaman saya sendiri apabila ingin menulis ayat yang menjual kadangkala kita kehabisan idea dan macam dah buntu.

Seeloknya tenangkan fikiran dan perah otak agar ayat-ayat jualan yang keluar dari diri kita sebenarnya adalah luahan dari hati yang dalam.

In shaa Allah anda boleh cuba namun mestilah kita belajar dan merujuk kepada template dulu dan kemudian fikirkan ayat kita sendiri yang mana ianya akan hasilkan ayat yang tersendiri dan bila kita baca kembali hati kita boleh terasa dan tersentuh.

Nak belajar ayat menarik pelanggan?


ayat tarik pelanggan

2 thoughts on “Ayat yang menarik pelanggan adalah datangnya dari hati yang ikhlas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *