Ayat Softselling vs Ayat Hardselling yang mana satu lebih sesuai?


Softselling atau hardselling? Sebenarnya kedua-duanya sesuai hanya pada masa yang sesuai dan pada tempat yang tertentu.

Lain tempat lain caranya.

Baiklah apa itu softselling?

Softselling merupakan teknik menjual secara indirect maka apa tindakan-tindakan kita yang dibuat boleh dikatakan softselling?

Softselling ni lebih kepada memperkenalkan, rekomen, ulasan, gambar, cerita, case study dan bukan menjual secara terus. Ianya seakan memberi hint kepada prospek yang kita ada kepakaran tertentu atau produk tertentu yang boleh membantu prospek.

Mana boleh kita apply teknik softselling?

Tempat yang sesuai untuk kita jalankan softselling ini ialah di personal profile facebook dimana kita selalu berinteraksi dengan friends dan followers.

Maka apabila kita gunakan personal profile fb untuk promosi tiada orang yang akan terganggu dan marah dan kita boleh berinteraksi secara biasa dan pada masa yang sama buat promosi softselling.

Orang akan seronok membaca celoteh kita, cerita kita, komen gambar, kongsi cerita lucu dan pelbagai artikel/status yang kita post di personal profile. Apabila orang seronok maka ramai yang like dan komen jadi bertambahlah friends dan follower secara berterusan akan menaik.

Inilah sebab mengapa digalakkan tidak menjual secara direct di personal profile. Anda digalakkan membina branding disini agar orang kenal dan percaya akan kredibiliti anda.

Tugas anda cuma memperkenalkan, rekomen, ulas kebaikan dan keburukan dan biar prospek yang menbuat keputusan. Inilah cara yang betul. Bukan menjual. Lain kan.

Menjual ialah menawarkan kepada orang agar membeli produk kita. Ianya lebih direct. Apa akan jadi apabila anda mula menjual di personal profile fb? Kawan akan menjauhkan diri. Tiada orang akan like post anda. Semua orang akan jadi silent reader. Bak kata krik krik krik lah akan jadinya.

Baiklah bila pula masa nak menjual dan dimana yang sesuai?

Dalam kebanyakan keadaan softselling adalah yang terbaik. Namun hardselling juga penting. Hardselling sesuai apabila anda buat iklan yang spesifik. Dimana anda dah tahu golongan tertentu yang disasarkan. Jadi ayat hardselling yang digunakan lebih direct dan menuju kepada sasaran.

Selalunya iklan yang dijalankan samada berbayar atay tidak berbayar. Iklan-iklan yang direct ada tempat yang sesuai seperti di facebook fanpage dan facebook grup.

Malah sesetengah page atau grup ini memang dah pun terkenal dan menjadi lubuk syurga pembeli dan penjual. Jadi aktiviti disini dah macam pasar orang dah tahu masing-masing menjual. Jadi ditempat seperti ini tak perlu lah berbasi-basa lalu jual terus secara terang.

Jadi jika nak kira softselling lebih sesuai dari hardselling atau vice versa ianya tak tepat kerana berlainan platform tekniknya perlu sesuai samada softselling atau hardselling ikut kesesuaian.

Diharap anda boleh faham maksud yang nak disampaikan. Penerangan lanjut tentang softselling hardselling dan dimana lubuk-lubuk menjual dimana prospek berlonggok anda boleh baca seterusnya di laman ini.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com