Ayat sembang bisnes yang selalu digunakan di fb, blog dan instagram

Asas bisnes adalah menjual atau membuat tawaran sesuatu produk.

Ada satu produk dan akhirnya akan dibeli oleh pelanggan yang memerlukannya.

Produk itu banyak dan pelanggan pun ramai.

Cumanya tak semua produk itu diperlukan oleh semua orang.

Setiap orang memerlukan produk yang tertentu sahaja.

Tugas seller ialah menemukan produk yang betul untuk pelanggan yang betul.

Itulah cabarannya.

Jadi bisnes itu bukanlah hanya sekadar menjual dan mendapat untung semata-mata tetapi banyak lebih kepada membantu orang untuk menyelesaikan kehendak atau keperluan masing-masing.

Tak mudah sebenarnya.

Bercakap mengenai menjual seller yang menjual mungkin sukar nak menjual.

Ironi kan.

Dalam zaman media sosial seller perlu menjual dalam keadaan ‘tidak menjual’.

Sesiapa yang menjual memang sukar nak berjaya.

Lagi pelik, bukan?

Dalam bahasa inggeris istilah menjual ni kita panggil ‘hardsell’.

Jika kita perasan banyak kaedah menjual dalam media sosial telah banyak bertukar ke arah ‘softsell’ iaitu menjual dalam keadaan yang anda tidak perasan seller sedang menjual.

Saya lebih suka guna istilah ‘sembang’. Cuba bandingkan istilah mesyuarat dan sembang. Mana anda rasa lebih selesa?

Mesyuarat nampak lebih formal dan pasti kita rasa kaku untuk memberi pendapat jika nak dibandingkan sewaktu kita bersembang dengan kawan.

Begitu juga bisnes. Nampak kan.

Ayat-ayat bisnes yang selalu digunakan dalam menjual di facebook, blog atau instagram kebanyakannya semuanya berbentuk informal, santai dan berbentuk sembang atau bercerita.

Itulah nak bisnes sekarang ni kita mesti mahir dalam bab-bab macam ni jika tak mahu ketinggalan.

Banyak kursus online atau seminar yang kita boleh join untuk menguasai teknik sebegini.

Atau boleh juga perhati personaliti-personaliti yang dah terkenal terlibat dalam pemasaran sosial dan contohi kaedah mereka atau belajar terus dari guru-guru pemasaran yang bertauliah dan ada autoriti.

Rugi rasanya dan ambillah peluang dari pasaran yang sentiasa terbuka untuk kita semua terokai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*