Ayat promosi power bukanlah pil ajaib pemasaran

Jangan ada silap!

Ada yang ingat pemasaran ni ada magik.

Letak ayat power je boleh jadi sale.

Silap! Silap! Silap!

Ayat power adalah ayat yang kebetulannya kena dengan emosi pelanggan.

Ayat power adalah ayat yang terbit hasil dari kajian pemasaran.

Oleh itu apabila anda ambil ayat power ia ada yang menjadi tapi kadang ada yang tak menjadi.

Siapa yang copy ayat power orang lain bulat-bulat dia tak mampu nak fikir ayat power sendiri.

Untuk menguasai ayat power, anda harus buat kajian sendiri.

Kajian apa?

Kajian berkaitan kehendak pelanggan anda terhadap produk yang anda jual.

Tahukah anda?

Ayat power ini anda boleh terbitkan sendiri dari idea anda sendiri jika anda kenal pelanggan yang berkehendakkan produk spesifik yang anda jual.

Produk A menarik minat pelanggan A.

Produk B pula menarik minat pelanggan B.

Begitulah seterusnya.

Malah produk A yang ada khasiat X menarik pelanggan AX.

Namun produk A yang ada khasiat Y menarik pelanggan AY.

Begitulah uniknya pelanggan jika anda benar-benar kenal pelanggan anda.

Dan jika sedar hakikat ini maka anda mesti hasilkan ayat promosi berbeza bagi segmen pelanggan yang berbeza ini.

Anda perlu sedar dan tahu rahsia power untuk berjaya dalam pemasaran.

Jangan jual semua produk kepada semua orang.

Pelajarilah rahsia ayat power sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *